BatuPahat Bike Fest23

BatuPahat Bike Fest23 Event Gathering in johor

Heritage Places ofBATU PAHAT JOHOR MALAYSIA MARI MENGENALI "BATU PAHAT"(dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan seb...
11/05/2023

Heritage Places of
BATU PAHAT JOHOR MALAYSIA

MARI MENGENALI "BATU PAHAT"
(dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada sepuluh daerah di Johor. Pada tahun 2015, Batu Pahat di tangga ke-9 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.dan Pada tahun 2019, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan &Perubatan. Selain itu, Batu Pahat juga terkenal dari kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga Membeli-Belah di Johor Utara'. terutamanya Ketika Tibanya Musim Perayaan Seperti Dipusat Pekan Parit Raja Yg Amat2 Meriah dgn Pelbagai Jualan Kelengkapan Raya yg Melibatkan Vendor Peniaga Dari Seluruh Malaysia.

Batu Pahat terletak pada koordinat 1°5′U 102°56′T. Ia adalah sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang p**a berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

Antara Lain2
TARIKAN seperti
"Benteng" merupakan suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat dan terletak berdekatan dengan tebing Sungai Batu Pahat. Antara makanan yang pop**ar adalah Nasi Beriyani TraditionalNya.

Pada waktu malam p**a, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat.BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Pantai Minyak Beku

Perigi Batu Pahat

Memorial Datuk Onn

Bandar Seramik Ayer Hitam

Bandar Jajan Parit Raja

Taman Botani Sri Medan

*PART 02 Apakah Kemajuan Ketara Di BATU PAHAT....

Address

No 632 Jalan Lagenda 25 Tmn Lagenda Putra
Kulai
81000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BatuPahat Bike Fest23 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BatuPahat Bike Fest23:

Share