ParaPejalan Malaysia

ParaPejalan Malaysia Event. Easier With Us.

05/12/2024
Pengakhiran yang sangat mulia.Mendapat perkhabaran duka, pemergian sahabat, kenalan dan "bapak" pada pagi ini.Bapak tela...
03/12/2024

Pengakhiran yang sangat mulia.

Mendapat perkhabaran duka, pemergian sahabat, kenalan dan "bapak" pada pagi ini.

Bapak telah pergi meninggalkan kita sewaktu mengimamkan solat subuh di Surau An-Naim, Taman Bukit Mewah, Kajang.

Bapak yang kami kenal, setelah pencen setiap hari kehidupan beliau hanyalah berbakti dan membantu ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin.

Jasa sekecil membantu menyelamatkan seekokr mentibang yang melintas jalan pun beliau tidak canggung. Terima kasih orang baik.

Tenanglah Tuan Hj Muhammad Shariff Bin Pono (Bapak) di sana.

Kami pasti rindu nasihat bapak.
Lawak bapak yang tak kelakar tu.
Bapak orang baik.
Allahummarfirlahu.


31/10/2024

Senang je nak dapat 10k langkah di Trek Gua Gelanggi ni. Settle 7 gua, dah dapat lebih 50k langkah. Apa barang brisk walk kat Jejantas Gombak!


Selamat Menyambut Deepavali kepada semua yang beragama Hindu.Semoga perayaan festival cahaya akan menerangi kehidupan an...
30/10/2024

Selamat Menyambut Deepavali kepada semua yang beragama Hindu.

Semoga perayaan festival cahaya akan menerangi kehidupan anda dengan kesihatan dan kegembiraan. Selamat bercuti.

Kehebatan kejuruteraan Terowong Menora - Meru yang membelah hutan belantara negeri Perak. Uniknya walaupun bersebelahan,...
26/10/2024

Kehebatan kejuruteraan Terowong Menora - Meru yang membelah hutan belantara negeri Perak. Uniknya walaupun bersebelahan, kedua-dua terowong ini tidak sama panjang

Terowong yang menghala ke Selatan dipanggil Terowong Meru (880 meter) sementara yang menghala ke Utara p**a dipanggil Terowong Menora (830 meter)

Asalnya, terowong yang menembusi Banjaran Keledang ini merupakan sebahagian daripada projek lebuhraya Ipoh - Changkat Jering sepanjang 55km. Kini projek bernilai RM360 juta tersebut telah menjadi sebahagian daripada komponen Lebuhraya Utara-Selatan

Mula dibuka pada 31 Ogos 1986, terowong ini telah menjadi salah satu keajaiban kejuruteraan Asia pada ketika ia beroperasi 38 tahun dahulu

📷 Siva_wwc

Allahurobbi Kesian betul anjing ni. Dah 3 hari kepala dia tersangkut dalam balang plastik ni. Penduduk pun dah cuba keja...
03/10/2024

Allahurobbi

Kesian betul anjing ni. Dah 3 hari kepala dia tersangkut dalam balang plastik ni.

Penduduk pun dah cuba kejar dan tangkap untuk bantu, tapi gagal.

Harap ada lah individu atau organisasi yang sudi bantu.

Lokasi: Jalan Politeknik 4, Taman Politeknik, Port Dickson.

Orang Terengganu dah ambik!
23/09/2024

Orang Terengganu dah ambik!

HARI SUKAN NEGARA 2024PARAPEJALAN MALAYSIAAssalamualaikum & Salam Sejahtera.Sempena Hari Sukan Negara 2024 yang akan ber...
18/09/2024

HARI SUKAN NEGARA 2024
PARAPEJALAN MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sempena Hari Sukan Negara 2024 yang akan berlangsung pada 11 - 13 Oktober 2024, ParaPejalan Malaysia menganjurkan Program : "Eksplorasi Gua Batu Maloi".

Tarikh: 12 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 08.00 Pagi
Tempat: Taman EcoRimba, Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan.
Bayaran Penyertaan: RM80.00 Seorang

Bayaran Adalah Termasuk:
1. Permit Masuk
2. Guides dan Sweeper
3. Makan Tengahari
4. Safety Helmet
5. E-Cert

Eksplorasi sebanyak 24 Checkpoints ini akan merangkumi 3 gua utama sepanjang perjalanan iaitu Gua Kapal Api, Gua Batu Buddha dan Gua Tempayan Pechah.

Pertanyaan, Maklumat Lanjut & Pendaftaran:
https://bit.ly/HSN2024Maloi

Ayuh, sertai Eksplorasi ini!
Tarikh Akhir Pendaftaran: 01 Oktober 2024




04/09/2024

Hari Sukan Negara 2024 di Gua Batu Maloi.

12 Oktober 2024!

08/08/2024

Gua Gelanggi adalah penyelesaian kepada gejala mereput di hujung minggu - Pakar

18/07/2024

Evening Canoeing at Kenong Eco Camp

 , Ini adalah trip "Penjelajahan Tanpa Empati 24 Checkpoints Gua Batu Maloi!Tanpa ragu-ragu jom daftar untuk cabar diri ...
17/07/2024

, Ini adalah trip "Penjelajahan Tanpa Empati 24 Checkpoints Gua Batu Maloi!
Tanpa ragu-ragu jom daftar untuk cabar diri anda!

Tarikh: 24 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Taman Eco Rimba Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan

Maklumat Lanjut & Pendaftaran: https://bit.ly/MaloiMerdeka2024


Address

Mantin New Village

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ParaPejalan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category