Projek Goodies

Projek Goodies Kami menyediakan pelbagai jenis goodies untuk sebarang jenis majlis . Mengikut bajet sendiri .

13/06/2024
13/02/2024

RESEPI PUDING KOKTEL SOS KASTARD

4 Cawan Air Air
15gram Agar-Agar Tali (nak guna serbuk pun boleh)
1 Kotak Besar Susu Full Cream (nak guna susu cair pun boleh, 4 tin)
3/4 Cawan Gula
1/2 Cawan Susu Pekat
1 Tin Besar Koktel Buah-Buahan (masukkan semua sekali dgn airnya )
Sedikit Garam
Sedikit Esen Vanilla
2 SB Tepung Kastard

CARA:

1. Masukkan 4cawan air, masak hingga mendidih. Masukkan agar-agar dan gula, kacau hingga larut

2. Masukkan 1 kotak full cream, masukkan susu pekat dan masukkan semua 1 tin besar koktel buah

3. Masukkan garam dan esen vanilla

4. Last masukkan tepung kastard

5. Bila dah masak sebati semua, boleh masukkan dalam acuan lompang saiz besar.

6. Pastikan acuan dibasahkan dengan sedikit air terlebih dahulu untuk memudahkan keluarkan puding tu nanti

SOS KASTARD

4 Cawan Air
1 Kotak Besar Susu Full Cream
3 SB Gula ( ikut citarasa masing )
2/4 Cawan Susu Pekat
Sedikit Garam
8 SB Tepung Kastard

CARA:

1. Masukkan ke semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati

2. Dah sebati baru masak atas dapur. Masak sehingga separuh likat@pekat. Kena kacau selalu supaya kuahnya tak berketul
Dah likat@pekat boleh tutup api dah siap

**Saya buat adunan nie boleh dapat 76 biji guna acuan lompang besar tu

Selamat Mencuba

📸: zetty halim

Kredit empunya resepi

26/01/2024

Saya penjual agar agar di bazar. Resepi ini di ajar oleh sahabat baik saya.

Beliau banyak membantu saya seorang Ibu tunggal dengan memberi tunjuk ajar untuk berniaga dan tak lokek dalam memberi segala bantuan.

Doakan sahabat saya Norlizawati binti Mohamad, diberi kesihatan yang baik di permudahkan urusan dunia dan akhirat serta di beri rezeki berkah yang mencukupi seperti mengalirnya air zam zam.

Boleh cuba buat niaga, saya halalkan. Bekas comel ni ada kat kedai bakery atau shopee.

Saya kongsikan perasa Milo kesukaan kanak-kanak dan Jagung kesukaan kastemer bazar saya.

Bahan Agar-Agar Milo

10gm Serbuk agar²
150gm Gula
50grm Milo nak pekat boleh tambah lebih
1tbsp Susu Pekat
900ml air
250ml susu cair ( 1 Tin )

Bahan Agar-Agar Jagung

10gm Serbuk agar²
160gm Gula
1/2 tin jagung creamer
2tbsp paste jagung
800ml air
250ml susu cair

Cara Membuat:

Masuk air, serbuk agar², gula, dan milo. Kacau sebati baru hidupkan api dan kacau-kacau lagi.

Bila dah panas mendidih, kecilkan api dan terus masukkan susu cair. Kacau rata dan tutup api.

Tak perlu lama dan tak perlu api besar, takut susu berketul. Sama juga cara buat untuk perasa jagung.

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD

Selamat mencuba

Resepi Oleh: Rin Khaizura

24/01/2024

Address

Lubuk Redan
Masjid Tanah
78300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Goodies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Projek Goodies:

Videos

Share


Other Masjid Tanah event planning services

Show All