15/04/2023
Worth trying.
Assalamualaikum semua... Kek lapis masam manis cara saya ☺..ni sumber rezeki saya..doa kan ya moga bisnis kecilan saya berjalan dengan baik dan lancar ya🤲
Klik https://youtu.be/fsnMnGYtdmc
Kek Lapis Masam Manis
(resepi saya tidak guna gula sebab susu pekat, srikaya, hawflakes dan biskut marie dah manis)
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A
2 cwn tepung biskut marie (Biskut marie tu kisar halus)
Setengah cawan susu pekat manis
4 sudu srikaya yeos
80 ml susu cair
250gm butter atau margarine
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
Asam hawflakes (masam manis)
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul butter dan susu pekat sampai kembang dan ringan. Masuk telur satu persatu. Masuk ovalett dan esen vanilla.
2. Ayak tepung biskut marie bersama baking powder & susu cair. Lepas tu masuk sekali dalam adunan butter tadi. Gaul sebati.
3. Bahagi kepada 2 bahagian. Bubuh pewarna utk setiap bahagian. Sediakan pengukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu.
4. Ambil dalam 2 sudu makan adunan bubuh dalam bekas. Susun hawflakes, lepas tu kukus. Ambik masa dalam 10 minit lepas tu keluarkan dan lapis p**a kaler lain. Ulang proses lapisan sampai habis
Nota:
** 10 minit setiap lapisan 20 minit utk lapisan terakhir.
** Potong kek bila kek dah betul-betul sejuk.
Resepi Oleh: Zana Abdul Rashid