Hadi Catering

Hadi Catering Tel : 0125735807(Abdul Hadi Mohd Termizi)
Tel : 01110616977(Mariya Mansor)
Email : hadi.termi
(25)

Hadi Catering telah beroperasi sejak tahun 1973 di T**i Serong Parit Buntar,Perak.Perkhidmatan yang disediakan di Hadi Catering ialah:
Majlis Perkahwinan/Pertunangan/Majlis kesyukuran/keraian dan lain-lain mengikut keperluan pelangan kami.Hidangan boleh disajikan secara Buffe/siap hidang/Pack Meal.Sajian untuk pengatin juga disediakan.Harga promosi yang ditawar serendah RM6.00/org.Sila hubung :Abd

ul Hadi Muhd Termizi (Tel:0125735807) atau email terus ke:[email protected]
Alamat:No 9,Jalan Murni 1,Taman Murnii 34200 Parit Buntar,Perak.

09/07/2024

Nahh ..yg slalu tgk resepi2 kuih/biskut Indonesia πŸ˜†

Join group ni untuk dptkan lebih banyak resepi πŸ‘‰πŸ» https://t.me/resepiharianmenarik

Tudia aih...  mganazzz lagi.Esok.kita tapau utk 3 lkasi.Hanya bersyukur kpd Allah😘😘
06/07/2024

Tudia aih...
mganazzz lagi.
Esok.kita tapau utk 3 lkasi.
Hanya bersyukur kpd Allah😘😘

06/07/2024
13/01/2024
Well doneπŸ₯°πŸ₯°Hari nie punya kisahRumah Datin AishahSmoga majlis kesyukuran Datin dberkati Allah012573580701110516977
30/06/2023

Well doneπŸ₯°πŸ₯°
Hari nie punya kisah
Rumah Datin Aishah
Smoga majlis kesyukuran Datin dberkati Allah

0125735807
01110516977

29/12/2022

RESEPI SINGGANG DAGING

Bahan-bahan:
* Daging – dipotong
* Air
* 3 biji bawang besar – dihiris
* 5 ulas bawang putih – dihiris halus
* 1/2 sudu besar ketumbar – ditumbuk kasar
* 1 inci halia – dihiris
* 1 inci lengkuas – dihiris
* 3 tangkai cili kering – dipotong 3
* 3 keping asam keping
* Garam secukup rasa
* Ajinomoto – jika s**a

Cara-cara:
1. Rebus daging bersama halia, lengkuas, bawang putih, ketumbar dan asam keping sehingga empuk.
2. Kemudian masukkan bawang besar, cili kering, garam secukup rasa serta ajinomoto
3. Biarkan ia mendidihkan seketika sebelum diangkat.

Nota: Boleh juga ditambah dengan 1 sudu budu jika s**a untuk menambah rasa lagi

Kredit: Sue Shuk

10/12/2022

DADIH MANGGA

1 pek serbuk dadih perasa mangga
1 tin susu cair
Gula pasir secukup rasa
Air kosong - jika ikut s**atan di pek 3000ml empunya resepi hanya gunakan 2700ml tak nak terlalu cair sebab akan letak topping.

1. Didihkan air.

2. Masukkan serbuk dadih.

3. Masukkan susu cair.

4. Masukkan gula.

5. Biarkan mendidih seketika.

6. Tuang ke dalam bekas.

7. Biarkan sehingga sejuk & beku.

8. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Topping :
1. Potong buah mangga (potong dadu).

2. Taburkan atas permukaan dadih.

3. Siramkan sedikit susu cair / susu UHT.

Resepi & foto : Syafi Syaffiya

10/12/2022

Mee goreng basah manjaaahhh 🀀

Resepi saya ni pakai agak2 je tau. Takde s**atan tepat. Sy agak2 je semua bahan.

Mee kuning 2 bungkus (basuh)
Daging sikit. Nak letak udang ke, ayam ke, sotong ke, terpulang.
Bawang besar 2 biji - blender
Bawang putih 5 ulas- blender
Cili kering gemok 6 biji - blender
Kicap manis (sy guna kipas udang)
Kicap pekat sikit je saja masukkan buat syarat.taknak pun takpe.
Sos tiram
Sos ikan sikit
Sos cili
Sos tomato
Telur dua biji
Sawi
Tomato

Tumis bahan blender sampai naik minyak. Masukkan daging masak sampai empuk lembut. Masukkan segala jenis sos, kicap. Masak kejap. Pecah telur, kacau2. Masukkan mee. Kacau2. Masukkan air sikit2 ikut la nak basah manjaaahhh atau nak basah banjir. Letak perasa, garam ikut s**a. Hati2 sbb segala sos tadi dah cukup masin. Tak payah garam lg selamat. Kacau2 lagi ikut sesedap rasa nak kacau lama mana tp jangan lama sangat, nanti Mee kembang tak sedap. Letak sawi, letak tomato..kacau2 kejap. Ok siap dihidang.

Kredit : Farahwahidah Aziz

10/12/2022

RESEPI NASI GORENG USA

Bahan Nasi Goreng :
2 pot Beras (tanak seperti biasa)
Isi ayam, daging, udang atau sotong (mn2)
4 ulas Bawang Putih (dicincang)
1 ulas Bawang Merah (dicincang)
3 sb Cili Kisar (nak pedas letak lebih)
1 sb Sos Tiram
1 sb Sos Cili
1 kiub Ayam
Sayur; karot, kacang pjg @ sayur campur
Garam dan perasa secukupnya

Bahan Daging Masak Merah :
1/2 kilo Daging (rebus bersama sedikit pewarna merah hingga empuk)
3 ulas Bawang Putih (diketuk)
1 biji Bawang Besar (dihiris kasar)
1 hiris nipis Halia ( biarkan gitu tanpa diketuk )
2 sb Cili Kisar
3 sb Sos Cili
2 sb Sos Tomato
1 sb Sos Tiram
1 sk Sos Ikan
2 helai Daun Limau Purut
4,5 biji Cili Api (diketuk)
1 sk Tepung Jagung (dibancuh 1 cwn air rebusan daging)
Garam dan gula secukupnya
Sayur; bunga kobis, karot, kacang panjang

Credit : Ellyin Tan

10/12/2022

Dah seminggu sakit kepala teruk hari2 kena makan panadol. Tu pun kdg x hilang.

Call mak.. Dia cakap try minum air asam keping ni.
Rendam je sekeping dalam air suam biasa...tunggu 10 minit.
Lepas minum separuh gelas tu... Terus hilang pening migrain. Mcm magik je. Terkezut gigirl.. Ni x yah makan ubat dah. Minum je air ni..

Ni utk sakit kepala yg blh cure dgn panadol lah. Kalau teruk guna pain killer morfin apa tu x pasti menjadi ke tak.

*minum lps makan ya.. Bukan perut kosong.

Credit : Emma Wan Noordin

10/12/2022

Hai wassap gais ! πŸ‘‹πŸ»
Jom kita masak seafood chinese style 😁
πŸ¦ͺ RESEPI LALA MASAK HAM KEONG πŸ¦ͺ
Bahan tumis :
Minyak masak
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (mayang halus)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar udang kering (tumbuk/cincang)
2 tangkai daun kari
6 biji cili padi (potong halus)
Bahan pes :
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap biasa
Bahan lain :
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
1/2 kg lala
Sedikit daun sup
Cara memasak :
1. Panaskan minyak 5 sudu besar.
2. Masukkan bawang putih, halia, bawang besar, udang kering, daun kari dan cili padi. Goreng sampai naik wangi.
3. Satukan bahan pes dalam bekas kecil. Masukkan dalam bahan tumisan tadi. Goreng sampai pecah minyak. Tambah air sedikit supaya tidak kering.
4. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
5. Masukkan lala. Gaul sebati sehingga lala masak.
6. Masukkan kicap lagi untuk pekatkan kuahnya dan gaulkan sebati.
7. Taburkan daun sup atau daun bawang. Tutup api.
Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba !
Kredit resepi : Liza Idris

10/12/2022
10/12/2022

Ayam masak ungkep.. masakan org jawa..

Ni resepinya.. Mmg sdp πŸ˜‹

Bahan2
10 ketul daging ayam
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
air secukupnya
minyak masak secukupnya
garam & gula secukup rasa

Bahan kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
1sb jintan manis
1sb jintan putih
1sb serbuk ketumbar
cilipadi hijau 20 biji

Cara2
πŸ‘‰ Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yg telah dikisar. Tunggu sampai pecah minyak.
πŸ‘‰ Masukkan ayam dan serai yg diketuk.
πŸ‘‰ Boleh tambah air ikut s**a ye. Nak berkuah lebihkan air. Buka api perlahan dan tutup dgn tudung periuk. Sesekali kacau takut terhangit lak, kan jd ayam msk ungkep hangit πŸ˜‚
πŸ‘‰ Lps tu masuk garam & gula secukupnya. Siap & boleh la di mkn dgn nasi panas2.. Minyak dia tu sedap πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Credit : Atier syah

10/12/2022

Resepi Mi Rebus Johor

Bahan-bahan:

2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering:
1- 1/2 cawan udang kering, dikisar
2- 80g tepung gandum
3- ΒΌ camt serbuk kunyit
4- garam
5- air secukupnya
6- minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan:
1-tahu yang digoreng, dipotong kecil
2-daun sup, dimayang
3-bawang goreng
4-telur rebus, dibelah dua
5-lada hijau, dipotong bulat
6-taugeh, dicelur
7-limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan Mi Rebus Johor

1- Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

2- Cara-cara untuk Kuah

1- Panaskan minyak dalam periuk.
2- Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
3- Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
4- Masukkan rampah kari kacau rata,
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
5- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang:

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

10/12/2022

Seperti yang dijanjikan, hakak share resepi simple masak cili chinese style ni.
Resepi ni korang boleh tukar terung dengan apa je, seafood, tofu, telur atau apa-apa je ikut selera korang.

TIPS:
Kalau nak sedap, jangan tinggal semua bahan tumis. Ikut apa hakak share.

TERUNG CILI CHINESE STYLE
by.

4 biji terung size kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
7 biji cili api ( pedas ikut selera)
sedikit cukup rasa
2 sudu besar kicap cair, hakak guna LKK
daun bawang

Goreng terung hingga keperangan, toskan minyak.
Tinggalkan 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan cukup rasa dan kicap cair, gaul hingga berbuih.
Masukkan terung, kacaukan.
Masukkan daun bawang, gaul seketika dan tutup api.
Sumpah sedap gila, selamat mencuba

10/12/2022

RESEPI PAIS IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan:
* Ikan Tenggiri (ikan pari/ kembong)
* Daun pisang (dicuci dan dikeringkan/ lap)
* Limau nipis
* Garam dan gula

Bahan Kisar:
* Daun kunyit (2 helai)
* Daun limau (5-7 helai)
* Daun kesum (2-3 tangkai)
* Bunga kantan (1 batang)
* Bawang merah (5-7 biji)
* Bawang putih (3-4 ulas)
* Halia (2-3cm)
* Serai (1 batang)
* Kunyit hidup (2-3cm)
* 10-15 tangkai Cili kering (rendam dulu 5-10 minit)

Cara-cara:
1. Kisar halus bahan-bahan kisar
2. Perasakan dengan sedikit air limau nipis, garam dan gula. Kemudian perap ikan selama 5-10 minit
3. Sementara tu, boleh sangai daun pisang (kenakan api supaya daun jadi lembut senang nak bungkus nanti)
4. Daun pisang dilapis dua supaya tidak bocor bila bungkus
5. Letak ikan beserta rempah
6. Bungkus rapi dengan toothpick
7. Bakar dalam oven dengan suhu 200Β°C selama 20-30 minit. Tengok saiz ikan, kalau besar 30 minit
8. Sedia dihidang. Selamat mencuba

Kredit: Razali Mohamad Said

10/12/2022

Sy s**a masak sardin dlm tin ni, goreng dulu ikan sardinnya garing2 n hangit2 sikit.. baru layan.. mesti ramai masak mcm tu kan.. letak pulak petai mata besar yg tgh musim skrg ni.. asyikkk...

Sambal Tumis Sardin Petai

1 tin sardin (goreng sekejap ikan sardin tanpa sos hingga agak2 perang, angkat & ketepikan, *semasa menggoreng, tutup kuali ye sebab akan meletup2 sikit)
*sosnya jangan dibuang ye

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
1 tangkai lada besar
*racik semua bahan di atas

Panaskan minyak yang sama goreng sardin tadi, tumis bahan2 yang diracik.
Masukkan sos sardin.. masak hingga mendidih.
Tambah garam & perasa secukupnya.
Masuk sedikit kicap manis.
Masukkan ikan sardin yang sudah digoreng & petai.
Tumis sekejap & siap.

kredit:nurul joe

10/12/2022

Roti Jala Pagi Lembut Sampai Petang

3 cawan tepung gandum
3 cawan air @ santan @ susu cair (saya campur 😊 1 cawan air + 1 cawan santan + 1 cawan susu cair)
3 sudu kecil garam (saya guna sudu kecil kfc)
3 sudu kecil minyak masak (saya guna sudu kecil biasa)
3 sudu kecil serbuk kunyit (saya guna sudu kecil kfc atau nak letak 3 titik pewarna kuning pun boleh)
1 biji telur

Kisar semua, perap 30 minit (tak perap pun boleh) dan jalakan atas kuali l***r.
Saya jala guna botol muncung 3 (saya beli di Daiso, kedai barangan jepun).
Makan dengan kari ayam.

Siap! Mudah.. Inshaallah jadi 😊

Kredit: Etty Farah

Address

No 9 Jalan Murni 1 Taman Murni
Parit Buntar
34200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hadi Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hadi Catering:

Videos

Share

Category

Nearby event planning services


Other Caterers in Parit Buntar

Show All