Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang All posting are related to Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang @ Pasir Gudang Kite Fest
(5)

Serlahkan bakat nyanyian anda bersama kami Sempena Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2022. LAYANGKASA IDOL  . ...
01/02/2023

Serlahkan bakat nyanyian anda bersama kami Sempena Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang 2022. LAYANGKASA IDOL . Hadiah cukup lumayan menanti anda. JANGAN lepaskan peluang ke emasan ini!!! Hubungi Cik Leen 013-8901505 & Cik Atika 019-7506574

Jumpa anda di LAYANGKASA IDOL

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera 🌻Bersempena dengan Festival Layang-Layang Sedunia Kali Ke-25 πŸͺ, akan juga diadak...
01/02/2023

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera 🌻

Bersempena dengan Festival Layang-Layang Sedunia Kali Ke-25 πŸͺ, akan juga diadakan pelbagai aktiviti untuk penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

🌈Antara aktiviti yang akan diadakan ialah:

🎨 Pertandingan Mewarna 🎨
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦Kategori Keluarga: Seorang ibu/bapa & 2 orang anak berusia 4-17 tahun
πŸ‘§πŸ»Kategori Tahap 1: 7-9 tahun
πŸ‘¦πŸ»Kategori Tahap 2: 10-12 tahun

πŸ–οΈPertandingan Doodle ArtπŸ–οΈ
πŸ§‘πŸ» Individu 18 tahun ke atas

πŸ•΅πŸ» Pertandingan Treasure Hunt πŸ•΅πŸ»
πŸ‘¨β€πŸ‘¦β€πŸ‘¦ 18 tahun ke atas berkump**an
▢️ 3 orang/kump**an

πŸ“Œ Makluman tarikh, masa & tempat bagi setiap pertandingan adalah sebagaimana berikut;

🎨Pertandingan Mewarna🎨
πŸ“† Kategori Keluarga: 23 Februari 2023
πŸ“† Kategori Tahap 1: 25 Februari 2023
πŸ“† Kategori Tahap 2: 25 Februari 2023

πŸ–οΈPertandingan Doodle Art πŸ–οΈ
πŸ“† 24 Februari 2023

πŸ•΅πŸ» Pertandingan Treasure HuntπŸ•΅πŸ»
πŸ“† 26 Februari 2023

⏰ Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Astaka Diraja, Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor

πŸ“Œ Penyertaan adalah PERCUMA dan boleh mendaftar sebelum atau pada 20 FEBRUARI 2023, jam 5.00 petang.

πŸ“Œ Pendaftaran & Syarat-syarat penyertaan adalah melalui KOD QR yang disediakan di poster ataupun melalui pautan berikut:

🎨 Pertandingan Mewarna:
shorturl.at/dsFN5

πŸ–οΈπŸ•΅πŸ» Pertandingan Doodle Art & Pertandingan Treasure Hunt:
shorturl.at/kRTU7

πŸ“² Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urusetia ditalian 014-7056548 (Pn. Mazni) atau 018-2704076 (Cik Izwana)

Terima kasih! 🌻

Perhatian kepada peniaga yang berminat.Esok Ahad (15/1/2023) akan diadakan undian lot niaga sempena Festival layang-Laya...
14/01/2023

Perhatian kepada peniaga yang berminat.

Esok Ahad (15/1/2023) akan diadakan undian lot niaga sempena Festival layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-25, 2023 (Jubli Perak).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor telefon yang tertera.


Tarikh undian gerai bagi Festiival Layang-Layang Pasir Gudang Peringkat Kebangsaan bertarikh 4 September 2022 di Astaka ...
25/08/2022

Tarikh undian gerai bagi Festiival Layang-Layang Pasir Gudang Peringkat Kebangsaan bertarikh 4 September 2022 di Astaka Tradisional , Bukit layang-Layang pada jam 9.00 pagi.

Festival Layang-Layang Pasir Gudang Kini Kembali14-18 September 2022.Jumpa anda di sana!
25/08/2022

Festival Layang-Layang Pasir Gudang Kini Kembali
14-18 September 2022.
Jumpa anda di sana!

π—£π—˜π—₯π—§π—”π—‘π——π—œπ—‘π—šπ—”π—‘ π—₯π—˜π—žπ—”π—–π—œπ—£π—§π—” π—Ÿπ—’π—šπ—’ π— π—¨π—­π—œπ—¨π—  π—Ÿπ—”π—¬π—”π—‘π—š-π—Ÿπ—”π—¬π—”π—‘π—š π—£π—”π—¦π—œπ—₯ π—šπ—¨π——π—”π—‘π—š, 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯Pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) memberi...
23/10/2020

π—£π—˜π—₯π—§π—”π—‘π——π—œπ—‘π—šπ—”π—‘ π—₯π—˜π—žπ—”π—–π—œπ—£π—§π—” π—Ÿπ—’π—šπ—’ π— π—¨π—­π—œπ—¨π—  π—Ÿπ—”π—¬π—”π—‘π—š-π—Ÿπ—”π—¬π—”π—‘π—š π—£π—”π—¦π—œπ—₯ π—šπ—¨π——π—”π—‘π—š, 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯

Pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) memberi peluang kepada semua pereka untuk merekacipta logo terbaru MLLPG.

π™π™€π™π™ˆπ˜Ό & π™Žπ™”π˜Όπ™π˜Όπ™ π™π™€π™†π˜Όπ˜½π™€π™‰π™π™π™† π™‡π™Šπ™‚π™Š
======================
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

2. Setiap peserta harus memasukkan elemen β€œWau Merak, Kincir Angin, dan unsur Negeri Johor yang terdapat di Muzium Layang-Layang” ke dalam rekacipta logo β€œMUZIUM LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG”.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walaubagaimanapun, hanya satu penyertaan akan dipilih sebagai pemenang.

4. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak boleh ditiru atau dicetak dari mana-mana logo tempatan mahupun luar Negara.

6. Semua penyertaan perlulah didaftar melalui link shorturl.at/tGSV6

5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 November 2020 sebelum jam 12.00 tengahari. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan dilayan.

6. Keputusan juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

7. Sekiranya terdapat persamaan dalam rekabentuk logo yang dihantar, peserta yang terlebih dahulu menghantar borang lengkap dengan ilustrasi yang jelas akan dianggap sebagai pemenang.

8. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi satu pemenang sahaja akan dipilih. Logo yang terpilih untuk tempat pertama akan memenangi wang tunai RM 3,000.00.

9. Hanya rekabentuk yang menang sahaja akan menjadi hak milik Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

10. 7 Logo yang terpilih akan dimuat naik oleh penganjur melalui laman media sosial rasmi Muzium Layang-Layang Pasir Gudang (Facebook), (Instagram)

PEMENANG AKAN MENERIMA:
1. Wang Tunai RM3,000
2. Sijil Penghargaan dari MLLPG (MPPG)




26/02/2020

Jom main layang-layang hari Sabtu 29 Feb ni di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Kita main suka-suka je sambil beriadah. Start jam 9 pagi. Ada yang nak join tak?

26/02/2020

Mengikut perancangan, hari ini sepatutnya hari pertama Festival Layang-Layang Sedunia Kali Ke-25, 2020 😭😭😭

SIARAN MEDIAPengesahan pembatalan penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali ke-25, 2020 (FLLSPG2020)M...
06/02/2020

SIARAN MEDIA

Pengesahan pembatalan penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali ke-25, 2020 (FLLSPG2020)

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal FLLSPG2020 yang telah diadakan pada 6 Feb 2020 membuat ketetapan dan bersetuju untuk MEMBATALKAN penganjuran FLLSPG2020.

Sekian, untuk makluman semua. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sekretariat FLLSPG2020 di talian 07-2547777.

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor menangguhkan semua program perhimpunan awam berskala besar anjurannya sepanjang Februari...
05/02/2020

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor menangguhkan semua program perhimpunan awam berskala besar anjurannya sepanjang Februari untuk mengelak sebarang risiko penularan coronavirus.

Antara program berskala besar ditangguhkan ialah Festival Layang-Layang Antarabangsa (26 Februari-1 Mac) dan Karnival Semarak Juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 (15 Februari).

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata langkah itu dilakukan bagi mengelakkan penularan coronavirus menjadi lebih serius.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/652850/coronavirus-johor-tangguhkan-perhimpunan-perarakan-berskala-besar

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA KINI KEMBALI !!!Sempena Festival Layang-Layang Sedunia ke-25 yang akan berlangsung pada 2...
04/02/2020

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA KINI KEMBALI !!!

Sempena Festival Layang-Layang Sedunia ke-25 yang akan berlangsung pada 26 Februari - 1 Mac 2020 ni, Meh join pelbagai pertandingan menarik :
πŸ’ƒπŸ» DANCE STAR (Tradisional & Moden)
πŸ‘³πŸ» HARMONI NASYID
πŸ‘¨πŸΌβ€πŸŽ€ KARAOKE MILENIA & OTAI

Pertandingan peringkat saringan akan berlangsung pada 16 Februari - 19 Februari 2020 yang bertempat di Kompleks Pusat Bandar & UTC Pasir Gudang.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak pengurusan di talian 07-2556910 atau

EMAIL KE : [email protected]
Borang Penyertaan :
http://bit.ly/prekitefest2020

@ KPB & UTC Pasir Gudang RASMI

Undian Tapak Khemah Niaga sempena Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ke-25, tahun 2020 akan diadakan pada 16 Fe...
04/02/2020

Undian Tapak Khemah Niaga sempena Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ke-25, tahun 2020 akan diadakan pada 16 Februari 2020 (Ahad).

Sila rujuk dan berhubung dengan pegawai bertanggungjawab di Bahagian Pelesenan sebagaimana maklumat tertera.

PENGUMUMANUNDIAN TAPAK GERAI JUALAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2020Tarikh    : 16 Februari 2020 (Ahad)T...
01/02/2020

PENGUMUMAN

UNDIAN TAPAK GERAI JUALAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2020

Tarikh : 16 Februari 2020 (Ahad)
Tempat : Aras 3, Menara Aqabah,
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Masa : 9.00 pagi - Pendaftaran
10.30 pagi - Undian Tapak

PEMOHON DIKEHENDAKI HADIR SENDIRI WAKIL TIDAK DIBENARKAN

πŸ“Œ Warganegara Malaysia
πŸ“Œ Berumur 18 Tahun Ke Atas Sahaja Layak Memohon
πŸ“Œ Pemilihan Peniaga Berdasarkan Undian Terbuka
πŸ“Œ Bayaran Secara Tunai
πŸ“Œ Bawa bersama Dokumen Asal dan Salinan Berikut:-
1- Kad Pengenalan
2- Buku Suntikan TY2 (Makanan/Minuman)
3- Sijil Kursus Pengendalian Makanan/Minuman

PERHATIAN. Diingatkan bahawa penjualan booth sempena Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang hanya diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran oleh pihak yang tidak berkenaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

SECRETARIAT OF PASIR GUDANG WORLD KITE FESTIVAL

Majlis Perbandaran Pasir Gudang,
Tingkat 19, Manara Aqabah,
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang,
Johor, Malaysia

Phone : 07-2547777 / 07-2547794
Fax. : 07-2515260
Email : [email protected]
Website : www.mppg.gov.my

24 hari lagi..
01/02/2020

24 hari lagi..

PENGUMUMANUNDIAN TAPAK GERAI JUALAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2020PEMOHON DIKEHENDAKI HADIR SENDIRI WA...
28/01/2020

PENGUMUMAN

UNDIAN TAPAK GERAI JUALAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 2020

PEMOHON DIKEHENDAKI HADIR SENDIRI WAKIL TIDAK DIBENARKAN

πŸ“Œ Warganegara Malaysia
πŸ“Œ Berumur 18 Tahun Ke Atas Sahaja Layak Memohon
πŸ“Œ Pemilihan Peniaga Berdasarkan Cabutan Undian
πŸ“Œ Bayaran Secara Tunai
πŸ“Œ Bawa bersama Dokumen Asal Berikut:-
1- Kad Pengenalan
2- Buku Suntikan TY2 (Makanan)

Tarikh dan Tempat Undian akan diumumkan sebaik sahaja kami menerima pengesahan dari pihak Sekretariat.

PERHATIAN. Diingatkan bahawa penjualan booth sempena Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang hanya diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran oleh pihak yang tidak berkenaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

SECRETARIAT OF PASIR GUDANG WORLD KITE FESTIVAL

Majlis Perbandaran Pasir Gudang,
Tingkat 19, Manara Aqabah,
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang,
Johor, Malaysia

Phone : 07-2547777
Fax. : 07-2515260
Email : [email protected]
Website : www.mppg.gov.my

29 hari lagi..
27/01/2020

29 hari lagi..

33 hari lagi..
23/01/2020

33 hari lagi..

Lagi 35 hari lagi ianya akan berlangsung! Rasai kemeriahannya!Countdown to Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang K...
21/01/2020

Lagi 35 hari lagi ianya akan berlangsung! Rasai kemeriahannya!

Countdown to Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-25, 2020

Countdown to Feb 26, 2020 8:00 am. Showing days, hours, minutes and seconds ticking down to 0

Koleksi Promosi dan Tema Penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2011 - 2019
18/01/2020

Koleksi Promosi dan Tema Penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2011 - 2019

Berikut adalah aturcara Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020.Jumpa anda di sana!
17/01/2020

Berikut adalah aturcara Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020.

Jumpa anda di sana!

Siri 4 : WAU JALA BUDIWau Jala Budi merupakan sejenis jenis layang-layang yang pop**ar di negeri Kedah. Ia merupakan wau...
16/01/2020

Siri 4 : WAU JALA BUDI

Wau Jala Budi merupakan sejenis jenis layang-layang yang pop**ar di negeri Kedah. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.

Wau Jala Budi dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala p**a wujud dari kerangka ekor Wau Jala Budi. Pada kebiasaannya, wau jala budi akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, Wau Jala Budi dikatakan akan mengeluarkan bunyi berdengung yang agak sederhana garau yang terbit dari busur yang terdapat di bahagian kepala.

Wau Jala Budi ini juga dikatakan memiliki persamaan dengan 'layang-layang Chula' yang berasal dari negara Thailand.

Rujukan : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Wau_jala_budi

Siri 3 : WAU KUCINGWau Kucing merupakan sejenis jenis layang-layang yang pop**ar. Ia merupakan wau tradisional yang tela...
13/01/2020

Siri 3 : WAU KUCING

Wau Kucing merupakan sejenis jenis layang-layang yang pop**ar. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.

Wau Kucing dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang, bermula dari bahagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing.

Pada kebiasaannya, wau Kucing akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, Busur wau Kucing dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti kucing. Ia dipercayai berfungsi untuk menakutkan roh jahat dan meramalkan keadaan cuaca pada keesokan harinya.

Motif ukiran sobek yang digunakan pada wau ini ialah motif bunga dan tumbuh-tumbuhan dan cara hiasannya adalah sama seperti wau bulan.

Rujukan : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Wau_kucing

Gambar : http://the-art-of-wau-bulan.blogspot.com/2009/09/facts-and-history-of-art-wau-bulan-art.html?m=1

Langkah-langkah Pencegahan Virus INFLUENZASebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus influenza, berikut adala...
12/01/2020

Langkah-langkah Pencegahan Virus INFLUENZA

Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus influenza, berikut adalah beberapa maklumat yang perlu diketahui oleh orang awam.

Sekiranya dijangkiti atau mempunyai simptom influenza seperti yang dinyatakan, segera dapatkan rawatan di klinik/hospital berhampiran.

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Siri ke-2 : WAU MERAKWau Merak merupakan sejenis layang-layang yang pop**ar di kalangan keturunan Bugis di Malaysia. Ia ...
11/01/2020

Siri ke-2 : WAU MERAK

Wau Merak merupakan sejenis layang-layang yang pop**ar di kalangan keturunan Bugis di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipas dan dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Ia memiliki rekabentuk bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada saiz yang tertentu. Wau merak biasanya mempunyai ekor yang panjang yang membezakannya dengan wau helang. Wau Merak merupakan wau rasmi bagi negeri Johor.

Pada kebiasaannya, wau Merak akan dipasang dengan dengung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, busur wau Merak dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti Merak.

Keistimewaan Wau Merak ialah pada busurnya yang boleh memainkan tujuh jenis irama atau bunyi bunyian. Pada asalnya, ia dimainkan pada waktu malam kerana ia dapat menghasilkan bunyi yang baik.

Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau Merak p**a adalah motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.

Rujukan : https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Wau_merak

Gambar : irwanfazri.hubpages.com

WAU BULANWau bulan merupakan antara jenis wau yang paling pop**ar di Malaysia. Kepop**arannya didominasi oleh rakyat pan...
10/01/2020

WAU BULAN

Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling pop**ar di Malaysia. Kepop**arannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia.

Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.

Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter. Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.

Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya.

Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Bagaimanapun, sesetengah pihak mendakwa logo ini sebenarnya diilhamkan oleh wau kucing, bukan wau bulan.

Wau bulan diukir pada belakang syiling 50 sen keluaran kedua.

Sumber Artikel: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Wau_bulan

Gambar : https://waumalaysia.wordpress.com/types/

Muzium Layang-Layang Pasir GudangMuzium ini adalah yang pertama seumpamanya dibina di Malaysia. Muzium yang mempamerkan ...
09/01/2020

Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

Muzium ini adalah yang pertama seumpamanya dibina di Malaysia. Muzium yang mempamerkan pelbagai koleksi wau dan layang-layang dari seluruh dunia dibuka untuk lawatan kepada orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih dekat tradisi rakyat ini.

Selain daripada itu, terdapat juga penjualan cenderahati dan demo pembuatan layang-layang kepada para pengunjung.

Waktu lawatan : Setiap hari dari jam 9.00am hingga 5.00pm (kecuali Khamis 9.30am - 3.30pm)
Tel : 07-2527796
Emel : [email protected]

Anda mempunyai kenangan bermain layang-layang? Jom kongsikan moment terindah anda bermain layang-layang sempena Festival...
08/01/2020

Anda mempunyai kenangan bermain layang-layang? Jom kongsikan moment terindah anda bermain layang-layang sempena Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020 di Instagram dan Facebook. Jangan lupa follow dan tag instagram/facebook kami dengan

Follow instagram kami https://www.instagram.com/pasirgudang_kitefest/

Selain dari Facebook, anda juga boleh follow instagram kami https://www.instagram.com/pasirgudang_kitefest/Jumpa anda di...
07/01/2020

Selain dari Facebook, anda juga boleh follow instagram kami https://www.instagram.com/pasirgudang_kitefest/

Jumpa anda di sana!

Create an account or log in to Instagram - A simple, fun & creative way to capture, edit & share photos, videos & messages with friends & family.

PERHATIAN. Diingatkan bahawa penjualan booth sempena Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang hanya diuruskan oleh Ma...
07/01/2020

PERHATIAN. Diingatkan bahawa penjualan booth sempena Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang hanya diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran oleh pihak yang tidak berkenaan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

SECRETARIAT OF PASIR GUDANG WORLD KITE FESTIVAL

Majlis Perbandaran Pasir Gudang,
Tingkat 19, Manara Aqabah,
Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang,
Johor, Malaysia

Phone : 07-2547777
Fax: 07-2515260
Email : [email protected]
www.mppg.gov.my

Pasir Gudang World Kite Festival is an annual event organized at Bukit Layang-layang Pasir Gudang since 1995 by Pasir Gu...
07/01/2020

Pasir Gudang World Kite Festival is an annual event organized at Bukit Layang-layang Pasir Gudang since 1995 by Pasir Gudang Municipal Council (MPPG) with the collaboration from Johor Tourism Department and Johor Kite Association.

This is an iconic event not only for Pasir Gudang and Johor but also on Malaysia Tourism Calendar. For the past 25 years, kite flyers from local and all over the world will gather at the event to showcase various type of kites, attracting more than 200,000 visitors to witness the most colorful and spectacular moment in their lives.

This is what we call "The Colors in the Sky".

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij dan telah disenaraikan da...
05/01/2020

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij dan telah disenaraikan dalam kelendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Mula dianjurkan sejak 1995 dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan mendapat kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Johor.

Dengan keunikannya yang tersendiri festival ini sentiasa mendapat tempat di hati para pengunjung yang hadir menyaksikan para pelayang antarabangsa di seluruh dunia bergabung bagi memperlihatkan hasil seni dan kreativiti masing-masing melalui pelbagai bentuk layang-layang berwana-warni besar dan kecil menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang, Johor, Malaysia Tidak ketinggalan pelayang kebangsaan seluruh Negara yang turut hadir mempamerkan hasil seni pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buloh dan kertas berunsurkan motif sobek dan nilai estetika yang menakjubkan.

Inilah apa yang kami panggil "WARNA-WARNI DI ANGKASA"

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-25 akan dianjurkan pada 26 Feb - 1 Mac 2020 bertempat di Bukit Layan...
04/01/2020

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-25 akan dianjurkan pada 26 Feb - 1 Mac 2020 bertempat di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang. Tahun ini adalah sambutan tahun ke-25 festival ini. Pastinya pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sempena sambutan ini. Datanglah beramai-ramai ya!

Anda juga boleh follow instagram kami https://www.instagram.com/pasirgudang_kitefest/

Jumpa anda di sana!

Address

Pasir Gudang
81700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Performance & Event Venues in Pasir Gudang

Show All