05/12/2021
TAKE NOTED‼️‼️
UNTUK BAKAL PENGANTIN/BRIDE❗️
SEBELUM HARI KEJADIAN 💖💖💖
1. STOP pakai product yg ada MERKURI, HYDROQUINONE, RETINOL, TRETINOIN, AHA BHA sebulan sebelum majlis. Pls pls pls take this very seriously 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🥲
2. Jangan buat facial yang melibatkan peeling dan acne treatment sebulan sebelum makeup or scrub.
3. Jangan buat extension bulu mata sebab berbeza hasil makeup apabila pakai ext dengan bulu mata palsu. Cuba search hasil-hasil makeup yg melibatkan ext, semuanya nampak agak berat dan kuyu 😱
4. Rajin2 pakai product yg mengandungi hydrating ingredients eg hyaluronic acid, glycerine, etc
5. Digalakkan perm bulu mata. (personally for Dhilla, esp bulu mata yg agak keras utk dilentikkan)
6. Kalau nak kemaskan/nipiskan kening, buat siap2 dekat saloon ya.
7. Ikut masa yg MUA berikan.
SEBELUM TIBANYA MUA 💋💋💋
1. Sedia ruangan yang sesuai utk makeup. Bilik pastikan kemas supaya both MUA and yourself selesa dlm tempoh proses makeup. Ambil aura positive, it’s a new beginning for u jadi jaga la kebersihan dan kekemasan. Trust me akan rasa berbeza bila bilik kita dlm keadaan teratur. 🥰
2. Sediakan kerusi. Jangan nanti mua sampai baru gelabah berpeluh2 angkat kerusi hehe 💆🏻♀️🤭😂.. (tanya dengan MUA, kerusi mcm mana yg sesuai. Lain MUA lain preference)
3. Sejukkan bilik before makeup. Kalau xda aircond, bukak tingkap alirkan udara dan pasang kipas. Pastikan bilik x di kerumuni org atleast 1 jam sebelum makeup dan juga sepanjang makeup.
4. Sanitize bilik atleast 10 mins sebelum MUA sampai
5. Bantal kecil utk di pegang
6. Extension cable untuk MUA setup lighting dan tools rambut or etc.
7. Pakai baju yg senang untuk ditanggal untuk pakai persalinan pengantin kemudian
8. Jarum peniti (bermata / x bermata) dan kerongsang please sedia cukup2.
9. Safety pin (sediakan just incase ada keperluan)
10. Crown dan segala accessories
11. IRON BAJU & TUDUNG SIAP2 😑
12. Tudung (pastikan sebelum hari kejadian, study styling yg bersesuai dengan muka uols). Pastikan material bawal/shawl senang di bentuk. Kahwin sekali sahaja insyaallah, biar makeup lawa tapi tudung biut/senget tetap xmenarik di nampak. Kalau ada extra budget cari la someone yg boleh buat hijab styling. ☺️
13. Anak tudung, kalau boleh beli la anak tudung ninja. Mau style tudung mcm mana pun senang. Kalau anak tudung separuh sometimes if tudung jarang akan nampak leher di dalam. Bingung la MUA menolong cover, tambah teruk lg if pengantin berkeras mau style tudung ikat di leher 💆🏻♀️.. Feninggggg 🤣 .. Kalau mau karate sana karate sini punya style beli la ANAK TUDUNG NINJA ☺️..
14. Veil
15. Stokin dan kasut (huru hara rasanya bila tengah focus makeup, pengantin teringat abt stokin then xtau letak di mana. Mula la panggil segerombolan pasukan pencari mencari keberadaan stoking yg telah ghaib 😈). Terganggu focus kita kadang2.
16. Same goes to documents utk urusan Nikah. Serahlah siap2 dengan ahli keluarga atau adik beradik yg akan ikut ke tempat kejadian. Paling senang, assign satu assistant dlm family urus benda2 ni.
17. Bunga tangan, kipas mini (pakai battery), compact powder, tisu, eyemo, gula2
Semoga di permudahkan segala urusan kita semuanya. 🤲🏻
C/P: Dhilla Mhadey