01/01/2022
☀️
PRODUCTION DESIGN WORKSHOP by IRFAN JUFFRY. STUDIO KOTA-K TANJUNG ARU.
Irfan adalah artis kelahiran Perlis yang menetap di Kuala Lumpur berkelulusan ijazah sarjana muda sains dalam bidang arkitek UITM Shah Alam, merupakan artis yang agak berpengalaman dalam bidang seni visual terutama sekali videografi, pengarahan artistik, set dan props, dan banyak lagi. Irfan juga telah banyak menghasilkan music video untuk artis-artis tempatan sepeti Ramayan, Pitahati, Golden Mammoth, Yuna, Maya Karin, Elizabeth Tan, Aisyah Aziz, dan ramai lagi. Selain itu, dia juga banyak terlibat dalam scene visual arts di Kuala Lumpur bersama dengan kolektif , dan ramai lagi rakan-rakan artis yang pernah berkolaborasi dengan beliau.
Anda berminat mahu belajar dan berkongsi tukar ilmu dalam bidang production design? Bah mari join 5 Januari 2022, di Studio Tanjung Aru, dan ruang adalah terhad kepada 10 orang sahaja. RSVP at 0199662698 (kmbm team).
🤍