17/07/2023
Assalam Dan Salam sejahtera buat pelanggan Maharani Cafe Seksyen 6 Kota Damansara. Maaf fb & page Maharani Cafe terganggu dan ini adalah yang baru.
Cafe dibuka dan beroperasi seperti biasa dari jam 7 pagi hingga 11 malam. Menu breakfast bermula dari jam 7 pagi. Ada roti canai, roti sarang burung, murtabak, dan Macam2 jenis roti. Ada kacang pol serta roti bakar bersama telur separuh masak.
Menu utama seperti nasi lemak, bihun merah, bihun putih, nasi goreng cina, kampung, cili kering + belacan. Mee goreng, mee goreng mamak, koeytiow goreng, makoroni goreng, olio pasta, carbonara pasta.
Lontong dan soto juga ada boleh dimakan bersama rendang dan kuah kacang.
Ayam goreng, sambal sotong serta sambal kerang juga ada.
Rendang daging, ayam serta ayam tua juga ada.
Nasi bubur boleh dinikmati bersama telur masin serta ikan bilis serta kacang goreng
Pelbagai bubur manis seperti bubur kacang, pulut hitam serta pengat pisang atau pengat ubi.
Ubi rebus dan keledek rebus boleh di makan bersama sambal tumis dan ikan kering.
Cucur udang, cucur sayur serta cokodok ikan bilis serta cokodok pisang.
Lempeng kelapa serta lempeng pisang juga ada.
Pulut kuning dan pulut putih boleh dimakan bersama rendang.
Pelbagai bagai jenis kuih seperti kuih koci, kasui, talam, kole kacang, karipap, popia, popia otak2, pisang goreng, keropok lekor, serta kuih lopes di makan bersama air gula melaka.
Menu tenahari lebih dari 60 menu masakan kampung seperti masak lemak salai daging dan itik salai. Asam pedas pari dan tenggiri. Kari ikan merah dan bawal, sambal udang, dori fish sweet, butter chicken, ayam pelbagai jenis sayur, kerabu mangga, kerabu perot, kerabu kaki ayam, berlado, dendeng, siput sedut masak lemak, ikan bakar serta banyak lagi.
Menu ala carte dan western bermula jam 3 petang hingga 11malam... Sesuai dinikmati bersama keluarga atau rakan2 anda. Ada nasi goreng maharani, ada lamb chop, chicken grill, pasta serta banyak lagi.
Kami juga menyediakan khidmat katering dan sewaan dewan dengan harga yang berpatutan.
Menu seperti nasi beryani serta nasi mandy juga ada.
Jom kita singgah di Maharani Cafe Seksyen 6 Kota Damansara Petaling Jaya.
Hubungi 0162166854, 0176127202.
Tel cafe : 0361439352