Gerai buka jam 4.00petang. Paling awal habis 5.30petang, paling lambat habis 6.30petang.
Tengahari untuk delivery atau self pickup sahaja ye. Kalau nak datang gerai, kami buka pukul 4.00petang.
#nasibajetshima
#nasibajetmurah
#nasiberlaukmurah
#kotadamansarafood
Terima kasih pada yang sentiasa sokong saya, singgah beli kat gerai nasi bajet saya sepanjang 4 tahun berniaga ni β€οΈ.
Semoga petang ni baik-baik saja. Kami yang berniaga tepi jalan cukup risau kalau berangin.
Hujan lebat boleh digagahkan lagi, tapi kalau angin kuat: payung boleh terbang, kadang barang niaga pun jadi superman.
Kuasa Allah, tiada yang boleh menidakkannya.
Cara senang nak buang yang hitam kat belakang udang tu, guna pencungkil gigi atau guna garfu.
Yang penting, ia bersih. Nak bagi orang makankan. Lauk sambal udang ada kat gerai nasi bajet Shima pada hari Selasa sahaja.
Apabila kita melayan customer dengan senyuman, mereka balas dengan kebaikan π€.
Suka tengok riak muka setiap customer yang singgah ke gerai nasi bajet saya ni π.
Faham tak perasaan hidup susah tapi tak nak bebankan dan susahkan orang lain?
Masih cuba mencari rezeki dan terus mencari rezeki sekadar alas perut demi kelangsungan hidup π₯Ή.
Ya Allah, limpahkan rezeki dan cukupkan rezeki mereka yang sedang berjuang untuk hidup ini..aaminn
My son kalau dia bungkus nasi bajet memang laju. Dalam seminit tu boleh bungkus 3-4 nasi.
Dah la pantas, kemas terbentuk elok pulak tu. Kalau sesapa yang beli dapat bungkusan nasi cantik tu, my son la yang buat. Kalau dia tak ada, my sister yang amik alih bungkus.
Tokey ikan kat pasar borong dan akak jual nasi dagang yang rajin beli nasi saya beritahu yang ikan tongkol ni ada bisa.
Kalau orang alergi, mungkin boleh gatal-gatal badan bila makan. Diaorang ajar untuk saya pulas dan pusingkan ekor ikan tu, tarik bisanya keluar (macam video saya buat bawah ni).
Saya pun tak berapa pasti samaada betul atau tak yang ikan ni ada bisa. Tapi saya tetap buat walau 20 ekor berpulas π. Semacam puas hati.