Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering

Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering Menjalankan perkhidmatan katering dan kompang untuk pelbagai majlis di Pontian, Johor Bahru

16.02.2025 | Ahad | Tanah Perkuburan Kg Kemang Program Gotong royong Pembersihan Tanah Perkuburan Kg Kemang Alhamdulilla...
16/02/2025

16.02.2025 | Ahad | Tanah Perkuburan Kg Kemang

Program Gotong royong Pembersihan Tanah Perkuburan Kg Kemang

Alhamdulillah. Program yang dirancang berjalan dgn lancar. Turut hadir, Ketua Kampung Kawasan 6 Mukim Rimba Terjun, Tok Halif Kamarudin, Setiausaha Khairat Kematian Kg Duku, En Azrul Syam Yusof.

Terima kasih buat semua yang hadir membersihkan kawasan perkuburan terutama kepada rakan-rakan Team Kompang Gema Warisan, Team Gali Liang Batu36, AJK Khairat Kematian Kg Duku, Kariah Surau Al-Intishor, JPKK Kg Sg Bunyi, penduduk Kg Duku / Kelapa dan penduduk Kg Kemang. Terima kasih juga buat penyumbang makanan. Semoga segala kebaikan yang dilakukan Allah balas pahala berlipat kali ganda. InshaAllah.

Al-fatihah buat Almarhum dan Almarhumah Muslimin dan Muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga dilepaskan dari azab kubur dan Allah ampunkan dosa-dosa mereka.

"اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار"




Selamat pengantin baru buat Muhammad Najib dan pasangannya Daeng Azareena.Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat."Ya Al...
16/02/2025

Selamat pengantin baru buat Muhammad Najib dan pasangannya Daeng Azareena.
Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

"Ya Allah, jadikanlah perkahwinan mereka sebagai perkahwinan yang diberkati, kebahagiaan yang kekal, dan hubungan yang kuat di antara mereka.”



Salam Nisfu Syaaban 1446H
13/02/2025

Salam Nisfu Syaaban 1446H

Salam Israk & Mikraj 1446HMaha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Hara...
27/01/2025

Salam Israk & Mikraj 1446H

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan & kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al-Israa : Ayat 1)

Ucapan Ikhlas daripada :
Team Kompang Gema Warisan
Warga kerja S&S Katering

22/12/2024

Kg Tenggayun | Ahad | 22.12.2024

Alhamdulillah. Terima Kak Rashidah Kg Duku sudi membuat tempahan kompang untuk adik nya yang berlangsung di Kg Tenggayun Pontian.
Semoga ikatan perkahwinan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk tempahan kompang hubungi :
Wan - 01158642948


09.11.2024 | SABTU | SURAU AL-INTISHOR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SURAU AL-INTISHOR, KG DUKUAlhamdulillah. Terima...
18/11/2024

09.11.2024 | SABTU | SURAU AL-INTISHOR

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SURAU AL-INTISHOR, KG DUKU

Alhamdulillah. Terima kasih buat jawatankuasa surau yang telah memberi kepercayaan buat ahli Team Kompang Gema Warisan untuk berkompang semasa berarak, persembahan bacaan berzanji, dan sukarelawan pengagihan makanan dan minuman.

Semoga apa yang kita usahakan dapat diteruskan untuk masa akan datang.






27.10.2024 | AHAD | SMK Dato' Mohd Yunos SulaimanSambutan Maulidur Rasul SMKDMYS Alhamdulillah. S&S Katering telah diber...
27/10/2024

27.10.2024 | AHAD | SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman

Sambutan Maulidur Rasul SMKDMYS

Alhamdulillah. S&S Katering telah diberi amanah untuk menyediakan nasi beriyani untuk Sambutan Maulidur Rasul di SMKDMYS, Pekan Nenas. Terima kasih atas kepercayaan yg diberikan. Sambutan yang santai tapi meriah.
Semoga semuanya mendapat keberkatan dan di limpahi rahmat dari Allah.

"..Kita akan lebih dihargai jika berada di tempat yang betul.."

&SKatering

Selamat Hari Malaysia 2024Walau di mana kita berada, Bumi dipijak langit dijunjung; Malaysia mekar gemilang persada, Mar...
15/09/2024

Selamat Hari Malaysia 2024

Walau di mana kita berada,
Bumi dipijak langit dijunjung;
Malaysia mekar gemilang persada,
Maruah negara tetap disanjung.

Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia;
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua.

"Malaysia Madani, Jiwa Merdeka"

Ikhlas Daripada:
- Warga Kerja S&S Golden Enterprise
- Team Kompang Gema Warisan

SALAM MAULIDUR RASUL 1446Hبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ‎إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِي...
15/09/2024

SALAM MAULIDUR RASUL 1446H

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, S.A.W) ; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

(Surah al-Ahzaab Ayat : 56)

"Al-Falah Pemacu Malaysia Madani"

Ikhlas Daripada :
- Warga Kerja S&S Golden Enterprise
- Team Kompang Gema Warisan

Jalur Gemilang bendera Malaysia,Megah berkibar setiap hari,Selalulah kita berdoa pada -Nya,Semoga Malaysia aman harmoniS...
30/08/2024

Jalur Gemilang bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalulah kita berdoa pada -Nya,
Semoga Malaysia aman harmoni

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-67

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tulis Ikhlas daripada :
- Warga Kerja S&S Golden Enterprise
- Team Kompang Gema Warisan

17.08.2024 | Sabtu | Kg Pengkalan RajaMajlis Persandingan Ikhmal Hakim & NorfadilahAlhamdulillah. Tahniah buat pasangan ...
18/08/2024

17.08.2024 | Sabtu | Kg Pengkalan Raja

Majlis Persandingan Ikhmal Hakim & Norfadilah

Alhamdulillah. Tahniah buat pasangan mempelai, Ikhmal Hakim dan pasangan Norfadilah. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”.

(Surah Al-Rum: 21)




31.07.2024 | RabuCabutan Undian Pertandingan Badminton HCDM 2024Alhamdulillah. Selesai cabutan undian bagi peserta Perta...
01/08/2024

31.07.2024 | Rabu

Cabutan Undian Pertandingan Badminton HCDM 2024

Alhamdulillah. Selesai cabutan undian bagi peserta Pertandingan Badminton Hari Cergas Desa Merdeka 2024. 3 kategori yang dipertandingan iaitu Beregu Lelaki, Beregu Wanita, dan Beregu Kanak-kanak.

Pertandingan ini terbuka untuk penduduk di Kawasan 6, Mukim Rimba Terjun antaranya Kg Sg Bunyi, Kg Duku, Kg Kelapa, Taman Pontian Jaya, Taman Seri Maju, Taman Pontian Perdana Dan sekitarnya.

Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering diberi tanggungjawab oleh JPKK Kg. Sungai Bunyi, Kaw 6 untuk menyelaras program ini. Semoga apa yang dirancang berjalan dgn lancar.


20.07.2024 | Sabtu | Kg DukuWalimatul Urus Hasri & NoradiraAlhamdulillah. Tahniah buat pasangan mempelai Hasri & Noradir...
21/07/2024

20.07.2024 | Sabtu | Kg Duku

Walimatul Urus Hasri & Noradira

Alhamdulillah. Tahniah buat pasangan mempelai Hasri & Noradira. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu. Terima kasih Mak Limah tempah perkhidmatan kami.

Untuk tempahan kompang :
Mohamad Safwan ( 01158642948 )

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pert...
20/07/2024

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah takzim daripada Warga Kerja S&S Golden Enterprise dan Team Kompang Gema Warisan.

DIRGAHAYU TUANKU!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor


&SKatering



Alhamdulillah.Terima kasih Tok Ketua Kg Kawasan 6 sudi buat tempahan bubur Asyura untuk diagihkan penduduk Kg Duku , Kg ...
19/07/2024

Alhamdulillah.
Terima kasih Tok Ketua Kg Kawasan 6 sudi buat tempahan bubur Asyura untuk diagihkan penduduk Kg Duku , Kg Kelapa dan Surau Al-Intishor sempena 10 Muharram.

&SKatering

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujun...
06/07/2024

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

Salam Ma'al Hijrah 1446H
'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani'

Ucapan Ikhlas :
Warga kerja S&S Katering
Team Kompang Gema Warisan

01/07/2024

Address

Kg Kelapa
Pontian Kechil
82000

Telephone

+601158642948

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Team Kompang Gema Warisan X S&S Katering:

Videos

Share

Category