SMK Pulau Indah

SMK Pulau Indah Trust School

Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini, Yang jauh itu Waktu, Yang...
09/04/2024

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,

Yang jauh itu Waktu, Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

S

...

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK & MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMAIE 1445HSyukur dengan izin-Nya telah berlangsungnya sa...
01/04/2024

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK & MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR JAMAIE 1445H

Syukur dengan izin-Nya telah berlangsungnya satu program kacau bubur lambuk bersama Central Spectrum Sdn. Bhd. dan majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaie guru, AKP, PIBG dan murid-murid Tingkatan 5 pada 27 Mac 2024 yang lalu dibawah anjuran Panitia Pendidikan Islam.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Central Spectrum yang sudi berkongsi rezeki bubur lambuk bersama-sama warga SMK Pulau Indah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tidak dilupakan terima kasih juga diucapkan kepada Port Klang Free Zone (PKFZ) yang sudi hadir bersama-sama para guru, AKP, PIBG dan murid-murid Tingkatan 5 dalam majlis iftar jamaie dan solat terawih kami.

Semoga ukhuwah di antara kita terus terjalin erat dalam banyak lagi program-program yang lain.

PEMBENTANGAN YEAR END REPORT (YER) SEKOLAH AMANAH SESI 2023Setelah 3 minggu berkampung menyiapkan YER, akhirnya pada tan...
22/03/2024

PEMBENTANGAN YEAR END REPORT (YER) SEKOLAH AMANAH SESI 2023

Setelah 3 minggu berkampung menyiapkan YER, akhirnya pada tanggal 21 Mac 2024 di SK Pulau Indah 2 telah terlakarnya sejarah baru buat SMK Pulau Indah apabila panel dari PPD dan JPN memberi pujian pembentangan kali ini merupakan Pembentangan Terbaik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.

Syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembentangan ini.

Semoga kejayaan demi kejayaan terus terlakar buat i-Indah Hebat.

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGHIJAUAN 1 WARGA SMKPI 1 RUMPUN POKOK KANTANBunga kantan telah dipilih sebagai bunga rasmi S...
19/03/2024

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGHIJAUAN 1 WARGA SMKPI 1 RUMPUN POKOK KANTAN

Bunga kantan telah dipilih sebagai bunga rasmi SMK Pulau Indah yang melambangkan satu simbolik baharu kepada i-Indah. Ianya menjurus ke arah terbentuknya sebuah sekolah digital yang bebas karbon. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, Encik Mohd Rizal bin Mohd Safaad yang menjadi tunjang utama kepada tercetusnya idea yang luar biasa ini.

Semoga SMK Pulau Indah terus melakar kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai aspek seiring dengan peredaran misi medan pendidikan bertaraf dunia.

Tuan Pengetua dan seluruh warga kerja SMK Pulau Indah ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK kepada selu...
12/03/2024

Tuan Pengetua dan seluruh warga kerja SMK Pulau Indah ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini membawa kita menjadi seorang hamba-Nya yang lebih bertaqwa, sentiasa ingin berbuat perkara-perkara kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran 🤲🏻

MESYUARAT AWAL TAHUN SMK PULAU INDAH SESI 2024/2025 Tarikh : 6 Mac 2024 (Rabu)Tempat : Dewan Samudera DamaiPermulaan ses...
06/03/2024

MESYUARAT AWAL TAHUN SMK PULAU INDAH SESI 2024/2025

Tarikh : 6 Mac 2024 (Rabu)
Tempat : Dewan Samudera Damai

Permulaan sesi baru 2024/2025 dimulakan dengan mesyuarat barisan guru bersama para pentadbir. Semoga semua guru sentiasa dikurniakan kekuatan untuk memikul segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin ke arah kemenjadian Anak yang Baik lagi Cerdik.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Adun Port Klang, YB Azmizam Zaman Huri di atas kesudian untuk bersama-sama pelajar ...
28/01/2024

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Adun Port Klang, YB Azmizam Zaman Huri di atas kesudian untuk bersama-sama pelajar Tingkatan 5 SMK Pulau Indah di dalam satu majlis restu ilmu yang telah diadakan baru-baru ini. Terima kasih juga kepada YB kerana telah mengagihkan kit alat tulis kepada calon-calon SPM 2023 kami.

Semoga dengan kehadiran YB yang memberi semangat kepada pelajar-pelajar ini dapat menjadi pemangkin kecemerlangan mereka untuk SPM 2023 yang sedang di hadapi.

Barisan pentadbiran SMK Pulau Indah mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan SPM" untuk semua calon SPM dan tidak lupa...
09/01/2024

Barisan pentadbiran SMK Pulau Indah mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan SPM" untuk semua calon SPM dan tidak lupa juga "Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir" untuk murid-murid Tingkatan 3 yang sedang menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik 2023.
Semoga dilapangkan dada, dikurniakan kefahaman, dipermudahkan menjawab kesemua soalan dan dianugerahkan kejayaan yang cemerlang 🤲🏻

Syukur telah berlangsungnya satu anugerah gilang-gemilang sebelum bermulanya cuti sekolah penggal ketiga tempoh hari seb...
01/01/2024

Syukur telah berlangsungnya satu anugerah gilang-gemilang sebelum bermulanya cuti sekolah penggal ketiga tempoh hari sebagai penutup program bagi tahun 2023.

ANUGERAH HEM & KOKURIKULUM SMKPI 2023

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah berjaya menggondol pelbagai anugerah yang telah diberikan. Semoga tahun 2024 ini membuka lebih banyak lagi peluang dan kesempatan untuk kesemua warga SMKPI berusaha untuk mengharumkan nama sekolah bukan sahaja di peringkat sekolah bahkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Mudah-mudahan.

Ayuh berbuat yang terbaik untuk tahun 2024 ini.

SELAMAT TAHUN BARU 2024 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BUAT SEMUA WARGA SMK PULAU INDAH 🤗

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua.... yg bercuti seronoknya kan.... cg2 la sibuk menanda kertas... anyway... ha...
19/12/2023

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua.... yg bercuti seronoknya kan.... cg2 la sibuk menanda kertas... anyway... hari admin nk santai2 je... ni ada 1 iklan utk majalah sekolah... kepada sesiapa yang berminat... jom la 'grand' kan lagi majalah tahun mcm majalah international gituu..... mana rezeki korang.. baru bukak bisnes... tetiba termahsyurrr... terviral... tertiktokerian....

baca di poster dan hubungi PIC tersebut tau... dieorg semua manja2 senang berurusan... sekali ckp je terus jadi...

cuba komen dan tag kawan2 yang perlukan audien utk iklankan barang / produk dieorg...

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA USTAZ AZAM DIN Tarikh : 7 Disember 2023 (Khamis)Tempat : Surau Ar-Raihan, SMK Pulau I...
08/12/2023

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA USTAZ AZAM DIN
Tarikh : 7 Disember 2023 (Khamis)
Tempat : Surau Ar-Raihan, SMK Pulau Indah
Alhamdulillah telah berakhirnya satu bengkel lengkap pengurusan jenazah untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 bersama-sama jemputan khas Ustaz Azam Din. Terima kasih diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan bengkel ini.
Semoga para pelajar memperolehi ilmu yg bermanfaat yg dapat dipraktikkan dalam menguruskan jenazah.

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya SMK Pulau Indah tidak terlepas peluang dan telah berjaya turut sama...
31/08/2023

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya SMK Pulau Indah tidak terlepas peluang dan telah berjaya turut sama meraikan dan memeriahkan bulan kemerdekaan yang ke-66 negara kita ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menyumbangkan keringat dan tenaga bagi meraikan majlis perasmian bulan kemerdekaan dan majlis ambang merdeka ini. Tanpa kerjasama yang jitu di antara pentadbir, guru-guru dan para pelajar SMKPI, tiadalah kedua-dua majlis ini berlangsung dengan jayanya.

Semoga dengan berlangsungnya majlis ini, dapatlah anak-anak pelajar kita mengingati dan mengenang semangat perjuangan para pejuang tanah air kita yang terdahulu. Ambil lah sedikit sebanyak semangat pejuangan itu dan tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersemangat berbuat yang TERBAIK menjadi "pejuang" kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-66 MALAYSIA !

Dirgahayu Malaysiaku !

-Indahhebat

Address

Pulau Indah
Port Klang
42920

Telephone

+60102215536

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Pulau Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SMK Pulau Indah:

Share


Other Performance & Event Venues in Port Klang

Show All

You may also like