NIKAH & Kahwin

NIKAH & Kahwin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NIKAH & Kahwin, Event Planner, Putrajaya Subang Shah Alam Puchong Bukit Jalil, Puchong.

Pengurusan penuh aturcara majlis nikah kahwin
Jurupandu majlis nikah kahwin(Coordinator)
Pengacara Majlis Nikah Kahwin
Khidmat protokol majlis VVIP
Khidmat jurucakap keluarga pengantin

Kenangan Yang Terindah!Pasangan Nurul Amira & Najmuddin. Kisah bibit pertemuan dan percintaan dengan kisah Cookies Cad_b...
23/10/2022

Kenangan Yang Terindah!
Pasangan Nurul Amira & Najmuddin.

Kisah bibit pertemuan dan percintaan dengan kisah Cookies Cad_bury so sweet 😘

Setiap pasangan pasti ada cerita romantis detik perkenalan .. pertemuan...percintaan....

Korang ingat lagi tak momen bersanding...momen makan beradab...momen sweet sweet atas pelamin?!! 🥰🥰🥰

"Hulubalang tegap berdiri,Mengiringi Raja Sehari,Indah sungguh majlis diraiGerak silat jadi penyeri"Selamat Pengantin Ba...
22/10/2022

"Hulubalang tegap berdiri,
Mengiringi Raja Sehari,
Indah sungguh majlis dirai
Gerak silat jadi penyeri"

Selamat Pengantin Baru Ash & Fir

Alhamdulillah selesai sudah majlis, ramai tetamu yang hadir. Majlis dianjurkan bersama oleh kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan.

27/09/2022

Majlis bertambah seri dengan iringan muzik tradisional bersama tiupan serunai. Bukan kumpulan muzik moden sahaja yang boleh memainkan pelbagai genre muzik. Kumpulan muzik tradisional seperti dikir barat ini mampu mengalunkan lagu Hindi...terhibur!

07/09/2022

Hos majlis perkahwinan wajib melantik AJK yang berkaliber, bijaksana dan lebih bagus yang ada pengalaman. Ada yang ambil mudah untuk menjaga "emcee". Pastikan seorang AJK perlu dilantik untuk menjaga emcee. Emcee ini adalah entiti yang penting pada setiap majlis.

24/08/2022

Ini lah saat yang bermakna ~ A big happy Family Photo session!

Foto atau video ini akan menyimpan 1001 memori kasih pengantin dan keluarga

Jangan lepaskan peluang atau jangan elakkan diri daripada bergambar terutama Group Photo

Assalamualaikum salam kasih berpadu.Saya Hezry Hashim bersama pasukan berpengalaman menawarkan khidmat pengurusan aturca...
23/08/2022

Assalamualaikum salam kasih berpadu.
Saya Hezry Hashim bersama pasukan berpengalaman menawarkan khidmat pengurusan aturcara majlis ijab kabul dan resepsi perkahwinan tuan puan.

KHIDMAT KAMI?
Telah beratus majlis kami urus dan kendalikan bagi pihak tuan rumah agar majlis berlangsung dengan teratur, tersusun dan tertib.

KENAPA PERLU YAKIN?
Pengalaman saya sebagai seorang bekas hos TV, bekas Dj radio, pengurus acara rasmi kerajaan dan acara swasta seluruh negara serta penglibatan sebagai Pengacara di beratus pentas majlis mampu membantu dan memberi khidmat profesional untuk majlis tuan puan.

KENAPA PERLU LANTIK KAMI?
"Kami uruskan majlis anda seperti majlis kami sendiri"- Ya kami meletakkan setiap saat dan sesi majlis itu seperti majlis ahli keluarga kami. Kami bukan sekadar memberi khidmat, malah jalinan kami mengutamakan ukhwah agar tuan rumah tiada rasa resah!

Hubungi kami secara terus atau wassup, kita bersimpuh bicara mesra, mana yang simpul kita leraikan, mana yang baik kita satukan.

Berbuah lebat pohon mempelam
Panjat bertiga ke dahan penghujung
Bersabarlah adat seluruh alam
Adat dipegang kitab dijunjung

Address

Putrajaya Subang Shah Alam Puchong Bukit Jalil
Puchong
47189

Telephone

+60192500098

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NIKAH & Kahwin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NIKAH & Kahwin:

Videos

Share

Category

Nearby event planning services


Other Event Planners in Puchong

Show All