21/11/2024
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
Luruan monsun dijangka berlanjutan sehingga hujung November 2024. Berdasarkan analisis model-model cuaca, kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada 27 November hingga 1 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan dalam tempoh berkenaan.
MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) di timur Semenanjung berkuat kuasa sehingga 23 November 2024. Manakala di timur Sabah berkuat kuasa pada 23 hingga 25 November 2024.
Pada masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora telah dikemas kini bagi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 26 November2024.
Orangawam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)
Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari
Tarikh: 21 November 2024