07/09/2023
Mesti korang tak pernah terfikir macam mana datangnya Laksa Penang di negara kita kan?
Haa sebenarnya dikatakan asal usul laksa bermula apabila pedagang-pedagang dari China melabuhkan layar kapalnya untuk berdagang di Kepulauan Melayu pada awal abad ke-15.
Kehadiran mereka di Tanah Melayu juga telah terciptanya satu kaum iaitu Peranakan kerana perkahwinan pedagang Cina dan gadis Tanah Melayu.
Sebenarnya laksa yang kita makan sekarang bukanlah dari resepi asal kerana Laksa Penang ini mengalami arus inovasi apabila para isteri pedagang-pedagang Cina telah menambahkan perisa mereka sendiri dalam sup tradisional Cina.
Maka, lahirlah Laksa Penang yang resepinya tidak bertukar dari dahulu sehingga sekarang bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”
sumber info kredit : soscili.my