01/02/2024
TENTANG KOS TEMPAHAN (HOME MADE)
Pelanggan: berapa harga tempahan baju ni?
Tuan: RM150, cik.
Pelanggan: kenapa mahal benar?
Tuan: berapa kos jika cik jahit baju ni sendiri?
Pelanggan: Baik, maksimum RM50. Senang je kan, nak jahit ni?
Tuan: Dengan harga RM50, saya cadangkan cik cuba jahitlah sendiri baju ni.
Pelanggan: tapi, saya tak pandai..
Tuan: Dengan harga RM50, saya akan ajar cik jahit baju ni. So, cik akan dapat belajar untuk buat sendiri baju yang seterusnya.
Pelanggan: tawaran menarik! Saya setuju!
Tuan: Jadi, anda perlu ada: mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, gunting kain, gunting kertas, penetas, benang, jarum, elektrik, seterika, papan seterika, butang, kapur, kertas pola, pembaris lurus, pembaris bengkok, pembaris L jarum peniti, dan lain lain..
Pelanggan: Hah! Saya takde semua peralatan tu dan saya tidak dapat nak beli semua tu untuk sepasang baju!
Tuan: dalam kes ini, untuk melakukan kerja ini, dengan harga RM150, saya boleh sewakan kepada cik.
Pelanggan: Bagus. Boleh lah gitu.
Tuan: Baiklah! Pada hari Selasa saya akan tunggu cik untuk mula belajar.
Pelanggan: Saya tak dapat datang pada hari Selasa.
Tuan: Maaf, tetapi saya hanya lapang pada hari Selasa. Jadual saya penuh pada hari lain.
Pelanggan: Baiklah. Saya harus membatalkan urusan saya ...
Tuan: Saya akan sediakan semua peralatan dan bahan yang diperlukan, tetapi cik perlu datang pada hari Selasa jam 7 pagi. Jadi jangan lewat.
Pelanggan: pukul 7 pagi? Tidak! Saya tidak keluar rumah seawal itu ... Mmg... Saya fikir dan menyedari bahawa lebih baik saya membayar anda RM150. Lagipun, saya sendiri masih tidak dapat melakukan kerja ini dengan cekap, dan akan menelan belanja lebih banyak!
Jadi...
Kesimpulan kisah ini adalah seperti berikut:
Apabila kita membayar kerja seseorang, kita membayar bukan sahaja untuk bahan, tetapi juga untuk:
PENGETAHUAN, PENGALAMAN, LATIHAN, KUALITI, ALAT, PENGANGKUTAN, MASA, PUNCTUALITY, PROFESSIONALISM, ACCURACY, KESIHATAN DAN KESELAMATAN, CUKAI, SEWA TEMPAT, ELEKTRIK, dll.
Jadi, hargailah tukang jahit anda.
😌😌
wiee Leawi