Cita Rasa Terbaik Rihan Katering

Cita Rasa Terbaik Rihan Katering Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cita Rasa Terbaik Rihan Katering, Caterer, Pasar Bukit Sentosa, Rawang.

Menerima Tempahan:

Nasi Lemak RM 1.00
Nasi Lemak Aneka Lauk RM 5.00
Nasi Ayam Madu RM 6.00
Nasi Tomato RM 6.00
Nasi Hujan Panas RM 6.00
Nasi Daging RM 6.00

SELAMAT TAHUN BARU 2025 HARGA MASIH SAMANASI LEMAK RM1.00NASI LEMAK BERLAUK RM5.00NASI AYAM RM6.00NASI HUJAN PANAS RM6.0...
01/01/2025

SELAMAT TAHUN BARU 2025

HARGA MASIH SAMA

NASI LEMAK RM1.00
NASI LEMAK BERLAUK RM5.00
NASI AYAM RM6.00
NASI HUJAN PANAS RM6.00
NASI TOMATO RM6.00
NASI DAGING RM6.00

FREE DELIVERY BUKA UNTUK TEMPAHAN
-Majlis kesyukuran
-Majlis berkhatan
-Majlis bertunang
-Kenduri doa selamat
-Kenduri tahlil
-Open House
-Sambutan hari jadi
-Infaq ke masjid / surau


RESEPI NASI DAGING PART 2Penyediaan: Potong-potong daging dan rebus hingga empuk. Beras basmathi basuh bersih dan rendam...
31/07/2024

RESEPI NASI DAGING PART 2

Penyediaan:

Potong-potong daging dan rebus hingga empuk. Beras basmathi basuh bersih dan rendam selama setengah jam. Sementara menunggu boleh siapkan air asam dulu.

Kisar bahan dengan tanda (*). Panaskan minyak dan minyak sapi.

Tumis 4 sekawan. Masukkan bahan kisar dan kiub ayam. Tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan serbuk kurma yang dilarutkan air sedikit. Masuk daun ketumbar dan pandan. Kacau sebentar.

Masukkan air rebusan daging dan susu cair. Perasakan dengan garam.

Toskan beras. Susun daging ke dalam periuk nasi. Dan tuangkan air tumisan. Jangan gaul ye. Ratakan sikit. Terus masak. Bila dah masak tunggu tanak sekejap barulah dikais nasi. Barulah cantik nasi, gebu, berderai dan tak patah.

RESEPI NASI DAGING (PART 1) Bahan-bahan2 cawan beras basmathi600gm daging lembu1 biji bawang besar*4 ulas bawang putih*½...
31/07/2024

RESEPI NASI DAGING (PART 1)

Bahan-bahan

2 cawan beras basmathi

600gm daging lembu

1 biji bawang besar*

4 ulas bawang putih*

½ inci halia*

1 ketul pati ayam

3 sb serbuk kurma (saya guna maksiti)

2 sb susu cair

2-3 batang daun ketumbar

1 helai daun pandan

1 btg kayu manis

1 ketul bunga lawang

3 ketul biji pelaga

3 ketul cengkih

2 cawan air rebusan daging

3 sb minyak

1 sb ghee

Bahan-bahan air asam:
15 biji cili padi

1 biji cili merah

3 biji tomato (size sederhana)

2 biji bawang besar

5 biji limau kasturi

½ sb pati asam jawa

½ sb serbuk belacan

Sedikit garam

1 sb gula halus

4 sb air tap*san (bancuh pati asam jawa)

7 Fakta menarik Rawang BypassMacam tak percaya, tapi Lebuhraya Rawang-Serendah tersebut sebenarnya mengambil masa 12 tah...
25/07/2024

7 Fakta menarik Rawang Bypass

Macam tak percaya, tapi Lebuhraya Rawang-Serendah tersebut sebenarnya mengambil masa 12 tahun, dan RM628 juta untuk dilengkapkan. Haa, menarik kan? Jadi ini dia 7 lagi fakta menarik tentang Jalan Pintasan Rawang, ataupun Rawang Bypass:

Baca: go.my/10-fakta-Rawang-Bypass-yang-orang-tak-tahu

1. TIADA TOL

Orang Lembah Klang macam Min sendiri memang dah lelah sangat dah dengan bayar tol ni, jadi, apabila Jalan Pintasan Rawang ni dibuka tanpa tol, memang sangat melegakan untuk mereka yang berulang-alik Kuala Lumpur, dan Rawang untuk berkerja.

Apa kata, kita buat banyak lagi jalan tanpa tol? Hehe

2. PROJEK TERGENDALA HAMPIR 6 TAHUN

Lebih tepat lagi, projek ini pernah tergendala selama 2132 hari dek prosedur dan proses-proses daripada pihak ketiga, yang langsung diluar kawalan JKR.

Baca: go.my/10-fakta-Rawang-Bypass-yang-orang-tak-tahu

3. PERJALANAN 2 JAM, JADI 30 MINIT

Sebelum ini, mereka yang memulakan perjalanan dari Bandar Rawang memerlukan masa lebih kurang 2 jam untuk ke Kuala Lumpur pada waktu puncak. Tetapi, dengan lebuhraya 4 lorong Rawang Bypass, jadi 30 minit je walaupun pada waktu puncak!

4. MELALUI TAMAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Rawang Bypass dibina melalui jajahan Taman Warisan Negeri Selangor sebesar 108,000 hektar, iaitu Taman Warisan ketiga terbesar Semenanjung Malaysia. Maksudnya, sambil memandu di atas Rawang Bypass, korang akan disajikan dengan pemandangan yang sangat tenang.

5. PEMBINAAN MESRA ALAM

Antara sebab mengapa Rawang Bypass dibina sangat tinggi, dan juga jalan yang bengkang bengkok adalah untuk mengelak daripada terlalu banyak pokok-pokok ditebang, dan akan menjejaskan eko-sistem. Jalan yang bengkang-bengkok telah berjaya mengekalkan sebanyak mungkin pokok dibawah binaan lebuhraya itu.

Baca: go.my/10-fakta-Rawang-Bypass-yang-orang-tak-tahu

6. RUMAH KEPADA GIAM KANCHING

Giam Kanching merupakan sejenis spesis pokok yang hanya terdapat di Malaysia sahaja, dan hanya di Taman Warisan Negeri Selangor sahaja. Disebabkan Giam Kanching sangat berharga kepada Malaysia, dan turut disenaraikan sebagai spesis terancam, pembinaan lebuhraya ini turut mengambil kira langkah-langkah untuk mengelakkan kerosakan pada spesis Giam Kancing.

7. JALAN BERTINGKAT SEPANJANG 2.6KM, SETINGGI 60 METER

Ini merupakan fakta menarik yang menjadi faktor utama ramai ingin melalui jalan tersebut semata-mata, walaupun tiada urusan di Rawang. Bayangkan kalau Min ada kereta convertible dan lalu disini, disajikan dengan pemandangan hutan, dan angin malam. Peh!

KATERING BAJET RM7.00 SAHAJA!!! Perhatian kepada semua warga bukit sentosa dan bukit beruntung serta hulu selangor kami ...
14/07/2024

KATERING BAJET RM7.00 SAHAJA!!!

Perhatian kepada semua warga bukit sentosa dan bukit beruntung serta hulu selangor kami ingin menawarkan tempahan terendah katering untuk pelbagai majlis rm7.00 untuk 1 kepala TERMASUK AIR guys!!! (add on rm1 lagi dapat buah-buahan)

JENIS MENU:
1. Nasi Lemak Biasa RM 1.00
2. Nasi Lemak Aneka Lauk RM 5.00
3. Nasi Ayam Madu
4. Nasi Ayam Berempah
5. Nasi Ayam Kepsi
6. Nasi Tomato
7. Nasi Hujan Panas
8. Nasi Goreng Ayam

JENIS LAUK:
1. AYAM GORENG BEREMPAH
2. AYAM MASAK MERAH
3. AYAM SAMBAL HIJAU
4. DAGING MASAK HITAM
5. PELBAGAI LAUK SAMBAL MERAH

https://Www.wasap.my/60183411715
https://Www.wasap.my/60172573265
https://Www.wasap.my/60172945098

PROMOSI!!! KATERING BAJET RM7.00 SAHAJA!!! Perhatian kepada semua warga bukit sentosa dan bukit beruntung serta hulu sel...
08/07/2024

PROMOSI!!!

KATERING BAJET RM7.00 SAHAJA!!!

Perhatian kepada semua warga bukit sentosa dan bukit beruntung serta hulu selangor kami ingin menawarkan tempahan terendah katering untuk pelbagai majlis rm7.00 untuk 1 kepala termasuk air guys (add on rm1 lagi dapat buah)

JENIS MENU:
1. Nasi Lemak Biasa RM 1.00
2. Nasi Lemak Aneka Lauk RM 5.00
3. Nasi Ayam Madu
4. Nasi Ayam Berempah
5. Nasi Ayam Kepsi
6. Nasi Tomato
7. Nasi Hujan Panas
8. Nasi Goreng Ayam

JENIS LAUK:
1. AYAM GORENG BEREMPAH
2. AYAM MASAK MERAH
3. AYAM SAMBAL HIJAU
4. DAGING MASAK HITAM
5. PELBAGAI LAUK SAMBAL MERAH

https://Www.wasap.my/60183411715
https://Www.wasap.my/60172573265
https://Www.wasap.my/60172945098

TEMPAHAN KATERING UNTUK TAHUN 2024✅ Majlis Jamuan ✅ Majlis Kesyukuran ✅ Majlis Aqiqah ✅ Majlis Bertunang ✅ Kenduri Tahli...
12/06/2024

TEMPAHAN KATERING UNTUK TAHUN 2024

✅ Majlis Jamuan
✅ Majlis Kesyukuran
✅ Majlis Aqiqah
✅ Majlis Bertunang
✅ Kenduri Tahlil
✅ Sambutan Hari Jadi
✅ Infaq dan Sedekah

Harga tempahan katering kami untuk satu kepala hanya:

Nasi lemak rm1.00
Nasi ayam madu rm6.00
Nasi tomato rm6.00
Nasi hujan panas rm6.00
Nasi minyak rm6.00

🍛 Ayam Masak Merah
🍛 Daging Masak Hitam
🍛 Ayam Berlada Hijau
🍛 Ayam Goreng Berempah
🍛 Kari Ayam
🍛 Kari Daging
🍛 Kari Kambing

Sila whatsapp:
http://www.wasap.my/+60183411715/katering

Call: 018-3411715 / 0172945098






RESEPI NASI HUJAN PANAS BAHAN-BAHAN:Bahan-bahan untuk nasi:3 cwn beras basmathi1-2 sb minyak masak1-2 sb mentega1-2 sb m...
27/04/2024

RESEPI NASI HUJAN PANAS

BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan untuk nasi:
3 cwn beras basmathi
1-2 sb minyak masak
1-2 sb mentega
1-2 sb minyak sapi
Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 3 cengkih, 4 buah pelaga)
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 helai daun pandan
2 cwn susu cair
2 1/2 cwn air
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
1-2 sk gula
Sedikit pewarna kuning
Pewarna merah
Pewarna hijau
Bahan-bahan untuk acar:
1 batang timun
Sepotong nenas
1 biji bawang merah besar
4-6 tangkai cili padi
2 sb gula
1-2 sk garam
Jus lemon atau cuka makan

RESEPI AYAM MASAK MERAH (PART 2) Cara-cara untuk ayam masak merah:1. Cincang kasar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus...
20/01/2024

RESEPI AYAM MASAK MERAH (PART 2)

Cara-cara untuk ayam masak merah:

1. Cincang kasar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus.
2. Masukkan dalam pengisar, tambah sedikit air dan kisar halus.
3. Potong ayam kepada bahagian kecil, gaulkan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
4. Panaskan minyak. Goreng kesemua ayam sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
5. Keluarkan sedikit minyak, tumis bawang besar yang dihiris nip*s sehingga kekuningan.
6. Masukkan daun pandan yang dicarik dan juga kayu manis.
7. Masukkan hirisan tomato dan serai. Kacau sehingga tomato hancur.
8. Tuang kesemua bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak serta warna kuah sambal bertukar manjadi gelap dan pekat.
9. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti gula melaka, susu cair, air asam jawa, garam secukup rasa dan kacang p*s.
10. Tambah sedikit air jika kuah kering. Tabur dengan hirisan bawang holland pada akhir sekali dan masak sebentar sukup sekadar bawang holland layu.
11. Bolehlah angkat dan hidang bersama nasi tomato, dan jelatah atau acar timun.

RESEPI AYAM MASAK MERAH (PART 1) BAHAN-BAHAN:Bahan-bahan untuk kisar halus:20-25 biji cili kering5-8 biji bawang merah5 ...
20/01/2024

RESEPI AYAM MASAK MERAH (PART 1)

BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan untuk kisar halus:
20-25 biji cili kering
5-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji bawang besar
sedikit air
Bahan-bahan untuk lain:
½ -1 ekor ayam (size kecil atau sederhana)
sedikit garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
minyak masak, anggaran 2 cawan
½ biji bawang besar
2 helai daun pandan
1 batang kayu manis (boleh tambah pelaga,bunga lawang dan cengkih, jika s**a)
1 biji tomato
1 batang serai
sedikit air,untuk berkuah
2 sudu besar gula melaka
½ -1 cawan susu cair
2 sudu besar air asam jawa
garam, secukup rasa
½ cawan kacang p*s
1 biji bawang Holland/bawang besar, untuk taburan akhir

TEMPAHAN KATERING UNTUK TAHUN 2024✅ Majlis Jamuan ✅ Majlis Kesyukuran ✅ Majlis Aqiqah ✅ Majlis Bertunang ✅ Kenduri Tahli...
15/01/2024

TEMPAHAN KATERING UNTUK TAHUN 2024

✅ Majlis Jamuan
✅ Majlis Kesyukuran
✅ Majlis Aqiqah
✅ Majlis Bertunang
✅ Kenduri Tahlil
✅ Sambutan Hari Jadi
✅ Infaq dan Sedekah

Harga tempahan katering kami untuk satu kepala hanya:

Nasi lemak rm1.00
Nasi ayam madu rm6.00
Nasi tomato rm6.00
Nasi hujan panas rm6.00
Nasi minyak rm6.00

🍛 Ayam Masak Merah
🍛 Daging Masak Hitam
🍛 Ayam Berlada Hijau
🍛 Ayam Goreng Berempah
🍛 Kari Ayam
🍛 Kari Daging
🍛 Kari Kambing

Sila whatsapp:
http://www.wasap.my/+60183411715/katering

Call: 018-3411715 / 0172945098






RESEPI NASI TOMATO (PART 2) CARA-CARA MASAK NASI 1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan yang sesuai dipotong halus bers...
13/01/2024

RESEPI NASI TOMATO (PART 2)

CARA-CARA MASAK NASI

1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan yang sesuai dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis.

2. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.

4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa.

5. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.

RESEPI NASI TOMATO (PART 1) BAHAN-BAHAN:4 cawan berasBahan untuk di potong halus1/2 inci halia2 ulas bawang merah2 ulas ...
13/01/2024

RESEPI NASI TOMATO (PART 1)

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras
Bahan untuk di potong halus
1/2 inci halia
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 1/2 cawan air
3 tangkai bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 helai daun pandan
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
2 cawan tomato sup
1 senduk minyak sapi

Address

Pasar Bukit Sentosa
Rawang
48300

Telephone

+60183411715

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cita Rasa Terbaik Rihan Katering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cita Rasa Terbaik Rihan Katering:

Share

Category