14/01/2023
Nak Kahwin? 10 Perkara Yang Wajib Disediakan Terlebih Dahulu
1. KEWANGAN
Bagi isteri, “Duit suami duit saya, duit saya duit saya.” Dan, fakta itu suami perlu akui dan jangan persoalkan. Keseluruhan duit suami perlu dihalakan kepada keperluan isteri dan duit isteri adalah untuk kegunaan isteri. Terp**ang kepada isteri jika redha untuk membantu.
2. RUMAH
Jangan habiskan semua duit untuk belanja kahwin dan bercuti semata-mata. Tinggalkan sedikit untuk buat deposit rumah sama ada menyewa atau beli. Apabila menyewa, carilah yang mampu untuk dibayar setiap bulan. Tinggal cuma berdua, tak perlu yang besar-besar. Duit yang ada boleh disimpan untuk membeli rumah sendiri nanti.
3. KERETA
Kalau dulu seorang pakai satu kereta, mungkin jika mahu berjimat boleh sahaja digunakan satu kereta untuk ke pejabat (jika laluan ke pejabat munasabah). Atau, suami menggunakan motor dan isteri berkereta. Semuanya demi penjimatan masa depan! Dan ia bagus juga untuk eratkan hubungan kerana banyak yang boleh dibualkan ketika berdua di dalam kereta.
4. JADUAL/MASA
Hidup berdua tidak boleh lagi buat aktiviti seperti zaman bujang. Pulang ke rumah ses**a hati. Jangan jadikan rumah seperti hotel semata-mata, sedangkan masa banyak dihabiskan di luar rumah, melepak dengan kawan-kawan. Tetapkan satu waktu setiap hari bekerja (contoh, selepas Maghrib), suami dan isteri
mesti sudah ada di rumah.
5. KERJAYA
Fahami kerjaya pasangan sebelum berkahwin lagi supaya kamu tidak tertipu dan mengharapkan sesuatu yang tidak nyata. Ada tuntutan kerja pasangan yang memakan masa hingga larut malam/awal pagi, ada p**a yang bosnya mengganggu sampai ke rumah. Jadi, apabila berkahwin dengan pasangan, ‘nikahi’ dulu cara kerjanya.
6. BAKAL ANAK
Selesai urusan suami isteri, bersedia p**a menunggu kemunculan orang ketiga yakni anak sendiri. Terutamanya, kalau isteri bunting pelamin. Dan, perlu ingat zaman sekarang membesarkan anak bukan
setakat dua tiga puluh ringgit. Perlu ada kos untuk perbelanjaan bersalin, susu, lampin, menghantar anak ke taska, insurans, pendidikan dan sebagainya.
7. AKAUN BERSAMA
Saya amat s**a kalau antara suami dan isteri tidak menyimpan rahsia perihal duit gaji kerana apabila
berkongsi hidup, maka kita harus berkongsi banyak ‘benda’. jangan sorok-sorokkan setiap duit yang masuk dan keluar supaya pasangan tahu sebesar mana ekonomi rumahtangganya. Kalau banyak, boleh disimpan, kalau sedikit, ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan.
8. MAKAN
Ada isteri sentap apabila suami selalu memuji air tangan ibunya. Isteri perlu rajin mengkaji ‘lidah’ suami.
Ketahui apa yang suami s**a dan tidak. Sesekali jenguk dapur untuk memasak kerana kata orang mahu pikat hati suami, tawan dulu perutnya. Air tangan isteri itu ada azimat yang tiada pada wanita lain. Waktu makan juga antara momen terbaik mengeratkan hubungan suami dan isteri. Mengapa tidak makan malam
diperuntukkan untuk bersama pasangan kita dan bukan lagi sendiri-sendiri.
9. KOMUNIKASI
Komunikasi umpama jambatan menghubungkan antara suami dan isteri. jika komunikasi tidak berkesan, jambatan akan reput dan jika dibiarkan tanpa dibaiki ia boleh runtuh. Bukan mudah dua individu yang selama ini dibesarkan dalam dua budaya dan didikan berbeza hidup bersama. jadikan setiap hari yang dilalui adalah satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik dan perbaiki komunikasi yang lemah dengan bercakap hati ke hati.
10. MAKANAN BATIN
Tuntutan batin bukan seks semata-mata. Ia berkaitan dengan permainan perasaan, hati dan jiwa. Sebolehnya, kekalkan kemesraan bulan-bulan pertama perkahwinan untuk tahun-tahun seterusnya, walau sampai berkedut 1000. Tidak kira suami atau isteri, selalulah belai-membelai, berkucupan walau bukan untuk tujuan seks, puji-memuji, bergurau-senda dan apa sahaja yang boleh membahagiakan perasaan pasangan.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di messenger atau whatapps kami.