NS’s Catering

NS’s Catering 📌To fulfil the requirement of ENT530. Don’t forget to follow, like and share. Thank you!☺️

5 MAJLIS KERAIAN YANG BOLEH DIURUSKAN OLEH SERVIS KATERING1. Majlis hari lahir2. Majlis akikah3. Majlis kenduri nikah 4....
13/01/2023

5 MAJLIS KERAIAN YANG BOLEH DIURUSKAN OLEH SERVIS KATERING

1. Majlis hari lahir
2. Majlis akikah
3. Majlis kenduri nikah
4. Majlis pertunangan
5. Majlis perpisahan
Ini antara 5 majlis keraian yang boleh diuruskan oleh pihak katering. Biasanya tetamu yang hadir dalam lingkungan 100 orang, konsep hidangan adalah buffet dan hidangan disediakan mengikut bajet.

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan katering kami, boleh nantikan update dari kami.

RESEPI PAJERI NENASTeringin nak makan pajeri kuning, jom tengok Resipi Pajeri Nenas Kuning Kenduri Kahwin ini. Mudah jer...
13/01/2023

RESEPI PAJERI NENAS

Teringin nak makan pajeri kuning, jom tengok Resipi Pajeri Nenas Kuning Kenduri Kahwin ini. Mudah jer.
Bahan-bahan:
• Kulit kayu manis
• Buah pelaga
• Bunga lawang
• Bawang merah – 4 ulas (dimayang)
• Bawang putih – 3 ulas (dimayang)
• Nenas – 1 biji (potong bulat dan potong 4) • Gula
• Cuka
• Pewarna kuning
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan nenas, gula dan cuka. Masak sehingga mendidih lama sedikit. 3. Masukkan sedikit pewarna.
4. Kalau ade biji sawi, boleh masukkan sekali. Sedia untuk dihidang.
Siap untuk dihidangkan! Jangan lupa untuk mencuba

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa tunggu update dari kami.

Perhatian bakal pengantin!Kami ada 10 tips untuk bakal pengantin dalam memilih katering kahwin.Tips 1: Buat research kat...
13/01/2023

Perhatian bakal pengantin!

Kami ada 10 tips untuk bakal pengantin dalam memilih katering kahwin.
Tips 1: Buat research katering kahwin di area anda Tips 2: Testimoni
Tips 3: Pilih syarikat katering berpengalaman
Tips 4: Senarai pendek pilihan anda kepada 2-3 katerer Tips 5: Tema majlis
Tips 6: Dapatkan kotasi Tips 7: Jumpa face to face Tips 8: Food tasting
Tips 9: Terma bayaran Tips 10: Keep in touch.
Membantu atau tidak? Harapnya tips ini berguna untuk bakal pengantin yang sedang mencari katering.

Sebarang pertanyaan lanjut, jangan segan- segan untuk hubungi kami di nombor tertera
http://www.wasap.my/0167389171

Selamat malam semua! Marilah singgah ke kedai kami terdapat pelbagai makanan yang sememangnya kena dengan tekak kamu sem...
19/12/2022

Selamat malam semua!

Marilah singgah ke kedai kami terdapat pelbagai makanan yang sememangnya kena dengan tekak kamu semua seperti Nasi Hujan Panas.

Nak tahu apa yang menarik dengan servis kami? Kami menyediakan servis untuk yang ingin membuat majlis kecil- kecilan mahupun masjis besar- besaran Menarik bukan? Dan untuk pengetahuan semua, kami menyediakan makanan yang berkualiti tinggi untuk semua pelanggan kami.

Mesti anda semua tertanya- tanya dengan harga makanan kami. Kepada pelanggan yang ingin menempah makanan dari kami, harga bagi per seorang adalah RM12 sahaja. Istimewa untuk pelajar UiTM S3, setiap sebungkus pembelian akan diberikan FREE AIR SIRAP S**a tak?

Harga Sebungkus: RM12

FREE AIR SETIAP BUNGKUS NASI BAGI PELAJAR UiTM S3

Untuk tempahan dan details lanjut, boleh klik link whatsapp kami www.wasap.my/60167389171

RESEPI NASI HUJAN PANAS ALA KENDURIBahan-bahan nasi hujan panas:• Beras• Air (ikut s**atan beras)• 1 biji bawang besar• ...
17/12/2022

RESEPI NASI HUJAN PANAS ALA KENDURI

Bahan-bahan nasi hujan panas:
• Beras
• Air (ikut s**atan beras)
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih (dikisar)
• 1 inci halia (dikisar)
• 3 sudu makan butter atau marjerin
• 1 cawan susu cair
• 4 sekawan (kayu manis,cengkih,lawang pelaga)
• Daun pandan
• 1 batang serai (diketuk)
• Secubit garam
• Pewarna hijau, kuning dan merah

Cara penyediaan:1.TUMIS BAHAN
Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, dan daun pandan sampai wangi.
2. MASUKKAN BERAS & SUSU CAIR
Dah boleh transfer ke rice cooker kalau tadi tumis bahan atas kuali. Kemudian masukkan beras.

Tambah susu cair lebih kurang setengah tin.
3. TAMBAH AIR
Seterusnya tambah air ikut s**atan macam masak nasi biasa.
Tunggu nasi masak.4. BUBUH PEWARNA
Bila nasi dah kering, masukkan pewarna yang dcampur air.
Cara saya buat macam di bawah ni.
Lepas tu tutup periuk sekejap.
Kemudian baru gaulkan nasi. Buat perlahan-lahan supaya nasi tak pecah. Saya gaul guna garfu.
Siap!

Untuk mengetahui lebih banyak resepi lagi sila follow, like and share page kami
https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

Perkahwinan merupakan perkara yang dinilai dalam kehidupan setiap orang. Oleh itu, pengurusan majlis kahwin adalah sanga...
15/12/2022

Perkahwinan merupakan perkara yang dinilai dalam kehidupan setiap orang. Oleh itu, pengurusan majlis kahwin adalah sangat penting untuk memastikan majlis berjalan lancar dan tiada masalah berlaku. Bagi mengelakkan masalah tersebut, ramai kini yang memilih untuk mendapatkan khidmat katering perkahwinan. Jadi di sini saya ingin kongsikan tips bagaimana nak pilih servis katering supaya bakal pengantin di luar sana tidak terslaah pilih.

1. Kenal pasti bajet anda
2. Tentukan bilangan jemputan
3. Nyatakan waktu makan untuk majlis tersebut.Contohnya, makan tengah hari, makan malam
atau high-tea(untuk menentukan menu yang sesuai)
4. Anda boleh memberi cadangan menu atau meminta cadangan daripada katerer
5. Untuk majlis yang besar,ada boleh meminta pihak katerer untuk membuat ‘food tasting’
6. Setelah berpuas hati anda bolehlah membuat bayaran pendahuluan mengikut terma dan
syarat syarikat katering yang dipilih.

Untuk mengetahui lebih banyak resepi lagi sila follow, like and share page kami
https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

Resepi rendang daging ala kenduriHi, atas permintaan ramai, kalini kami akan kongsikan satu menu yang sangat istimewa. M...
14/12/2022

Resepi rendang daging ala kenduri

Hi, atas permintaan ramai, kalini kami akan kongsikan satu menu yang sangat istimewa. Menu ini merupakan antara menu yang top mesti ada dalam satu majlis tidak kisahlah perayaan atau majlis. Terdapat 2 kaedah memasak rendang iaitu bertumis dan tak bertumis. Kalini kami akan share kepada kamu semua rendang daging ala kencuri version tidak tumis.

Bahan-bahan:
• Bahan-bahan untuk kisar halus:
o 7-8 biji bawang merah o 5 ulas bawang putih
o 3 inci halia
o 2 inci kunyit hidup
o 2 inci lengkuas
o 3 batang serai
o 15-20 tangkai cili kering o sedikit air

• Bahan-bahan untuk sangai:
o 1 sudu besar biji ketumbar
o 1 sudu kecil biji jintan putih
o 1 sudu kecil biji jintan manis

• Bahan-bahan untuk lain:
o 2 cawan minyak masak
o 1 kilo daging lembu
o 2 cawan santan cair
o 1 mangkuk santan pekat
o 1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu) o 2-3 sudu besar kerisik
o 1-2 helai daun kunyit
o 2-3 helai daun limau purut
o gula nisan atau gula melaka secukup rasa
o garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris nipis. Simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering.
2. Cincang kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.
3. Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi, air dan cili kering (telah direbus).
4. Kisar halus (jangan terlebih bland, pastikan masih ada serat2 halus).
5. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam 2 inci.
6. Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.
7. Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan kisar halus.
8. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
9. Masukkan daging.
10. Masukkan rempah yang telah dikisar dan kacau sikit.
11. Masukkan santan cair.
12. Renehkan sehingga daging masak empuk.
13. Bila dah kering dan daging masak empuk, masukkan santan pekat.
14. Masukkan asam keping dan masak sehingga kuah pekat.
15. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
16. Masukkan daun limau purut yang telah dibuang tulang tengah.
17. Masukkan gula melaka @ gula nisan.
18. Last sekali masukkan garam secukup rasa.

Tip:
• Kunyi segar akan buat rendang lebih wangi dan lebih sedap.
• Untuk tahu arah lawan urat, tengok arah selari urat dan potong arah yang bertentangan.
• Lebihkan sikit minyak bila memasak sebab kita nak bagi naik bau bahan kisar dan masak garing, lebihan minyak boleh dikeluarkan nanti.

Untuk mengetahui lebih banyak resepi lagi sila follow, like and share page kami
https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

Nak dengar tak apa pendapat customer kami?🤩“Sedap! Boleh repeat lagi nanti.”“Alhamdulillah saya dah guna servis katering...
13/12/2022

Nak dengar tak apa pendapat customer kami?🤩

“Sedap! Boleh repeat lagi nanti.”

“Alhamdulillah saya dah guna servis katering ni. Team diaorang memang terbaik. Makanan sedap! Tak rugi amik servis NS’s Catering.”

“Keluarga puji makanan sedap. Terima kasih NS’s Catering.”

Kalau nak tahu banyak lagi feedback bolehlah follow kami untuk update seterusnya.

Assalamualaikum dan selamat pagi! Untuk pengetahuan semua kami sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis yang bakal ...
13/12/2022

Assalamualaikum dan selamat pagi! Untuk pengetahuan semua kami sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis yang bakal berlangsung lebih lebih lagi majlis kahwin yang akan tiba pada hujung tahun ini!

Antara menu pilihan ramai adalah nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan juga nasi berlauk kampung

Harga sebungkus RM12 sahaja

FREE air sirap disediakan bagi setiap bungkusan.

Untuk tempahan dan lebih details boleh klik link whatsapp kami dengan kadar segera. Jangan lepaskan peluang!

www.wasap.my/60167389171

4 Perbezaan cili kering mengikut tahap kepedasan‘‘Kenapa beli cili kering haritu tak pedas eh’’Mungkin ramai di kalangan...
13/12/2022

4 Perbezaan cili kering mengikut tahap kepedasan
‘‘Kenapa beli cili kering haritu tak pedas eh’’
Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak tahu bahawa cili kering juga mempunyai pelbagai jenis mengikut tahap kepedasan. Yang membezakannya adalah dari segi bentuk dan saiz cili tersebut.Diharapkan selepas perkongisan ini, anda boleh memilih cili kering utuk digunakan dalam masakan sama ada yang pedas atau kurang pedas.

1. GEMOK
• Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat
• jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender.
• Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
• Original: Thailand.
• Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.
• Tahap kepedasan: Tak pedas

2. 668
• Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding cili kering gemuk.
• Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty.
• Original: Thailand
• Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
• Sesuai untuk tuan puan yang s**a kan pedas.
• 10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
• -Tahap kepedasan: Pedas*

3. 273
• Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.
• Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja.
• Tahap kepedasan sama seperti 668.
• Original: Thailand
• Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
• Tahap Kepedasan: Pedas

4. TEJA
• Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.
• Tidak mempunyai batang.
• Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa.
• Ia juga dinamakan Cili Kering Siam.
• ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang.
• Original: Thailand
• Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering) Sesuai untuk mereka yang s**akan pedas.
• Tahap kepedasan: Sangat Pedas

*Persamaan untuk keempat-empat cili ialah pijar apabila disentuh*
Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, just follow us. Then, share and like our page.page: https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

MENU TERLARIS KEGEMARAN RAMAI!! Ada yang teringin nak rasa daging palembang kami? Tentulah ada kan! Baru tengok gambar s...
13/12/2022

MENU TERLARIS KEGEMARAN RAMAI!!

Ada yang teringin nak rasa daging palembang kami? Tentulah ada kan! Baru tengok gambar saja dah terliur. Tahu tak, kami menggunakan daging fresh untuk menyediakan daging palembang. Rasa yang sedap buat anda bertambah- tambah.

Jadi tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan daripada NS’s Catering. Confirm tak menyesal beli.

Sebekas daging hanya RM12 sahaja.

Untuk tempahan dan lebih details, boleh klik link di bawah www.wasap.my/60167389171

5 sebab utama anda perlukan catering bagi majlis anda Menganjurkan sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan, hari jati...
13/12/2022

5 sebab utama anda perlukan catering bagi majlis anda

Menganjurkan sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan, hari jati,jamuan akhir tahun mahuun majlis doa selamat merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Kami akan kongsikan kepada anda 5 sebab utama anda perlu mempertimbangkan kami membantu anda untuk majlis anda seterusnya. Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa ianya adalah sangat memenatkan. Dengan memberikan sebahagian tugas kepada pihal lain dapat memberikan kelegaan kepada pihak tuan rumah. Sekiranya anda memerlukan catering, hubungi sahaja kami. Hal ini kerana, proses penyediaan makanan bagi jumlah yang besar mungkin sesuatu yang merunsingkan untuk anda, tetapi tidak bagi kami. Bagi kami, majlis sepatutnya dijalankan dengan penuh keseronokkkan dan menggembirakan. ☺️ ☺️ ☺️

1. Anda tidak perlu “stress’’
Seperti yang dikatakan di atas, menguruskan sesebuah majlis memerlukan banyak masa dan tenaga. Daripada proses untuk menjemput tetamu, kepada mendekorasi tempat kepada menyediakan makanan terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan sebaiknya bagi membuatkan sesebuah majlis itu indah dan diingati oleh para tetamu. Dengan memberikan satu tugasan besar kepada pihak catering, iaitu penyediaan makanan, anda tidak perlu lagi stress tentang satu aspek besar dan hanya perlu fokus kepada tugasan lain.

2. Menjimatkan masa
Dengan mengambil catering bagi membantu anda, anda tidak lagi perlu memikirkan tentang masakan. Memikirkan apa yang hendak dimasak, pergi membeli bahan basah dengan banyak, proses memasak selama berjam-jam, menyediakan dan menghidangkan makanan kepada para tetamu. Bayangkan berapa banyak masa yang dapat anda jimatkan? Dalam menguruskan sesebuah majlis, masa adalah sangat berharga. Pastinya anda tidak mahu tetamu anda dibiarkan menunggu dalam keadaan kelaparan, bukan?

3. Meninggalkan memori yang terbaik bagi para tetamu
Apabila meninggalkan sesuatu majlis, di antara perkara utama yang akan memberikan good impression kepada para tetamu adalah makanan yang hebat. Tiak kiralah apa sahaja jenis majlis tersebut, rasa hidangan dengan jumlah yang mencukupi dan cara hidangan pastinya akan meninggalkan memeori indah kepada setiap yang dating pada majlis tersebut.

4. Mementingkan setiap perincian
Sebagai catering pilihan anda, kami sangat mementingkan cara penyediaan dan hidangan masakan bagi tetamu anda. Semuanya dilakukan bagi menakjubkan tetamu anda. Tetamu anda adalah tetamu kami, maka pastinya kami akan lakukan segalanya yang terbaik bagi mereka. Kami mempunyai kemahiran, pengalaman dan semangat untuk menjadikan apa yang anda inginkan pada majlis tersebut menjadi realiti. Kami juga boleh beroperasi pada mana-mana jenis venue dan suasana untuk memastikan semuanya kelihatan sempurna.
5. Menawarkan menu yang pelbagai
Anda tidak pasti masakan apa yang hendak dihidangkan kepada para tetamu? Anda tidak pasti cara penyediaan yang terbaik? Dengan memilih kami untuk membantu anda, soalan ini dapat dijawab dengan mudah. Kami akan duduk berbincang bersama anda dan menawarkan menu yang bersesuaian dengan majlis dan tetamu anda.

Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi kami di talian http://www.wasap.my/0167389171 serta like di page facebook kami di laman yang tertera https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

5 MAJLIS KERAIAN YANG BOLEH DIURUSKAN OLEH SERVIS KATERING 1. Majlis hari lahir2. Majlis akikah3. Majlis kenduri nikah4....
12/12/2022

5 MAJLIS KERAIAN YANG BOLEH DIURUSKAN OLEH SERVIS KATERING

1. Majlis hari lahir
2. Majlis akikah
3. Majlis kenduri nikah
4. Majlis pertunangan
5. Majlis perpisahan

Ini antara 5 majlis keraian yang boleh diuruskan oleh pihak katering. Biasanya tetamu yang hadir dalam lingkungan 100 orang, konsep hidangan adalah buffet dan hidangan disediakan mengikut bajet.

Untuk dapatkan maklumat lanjut jangan lupa tunggu update dari kami. Follow, like dan share👍🏻

TIPS TERBAIK UNTUK PERNIAGAAN KATERING 1. Dapatkan pengalaman Hands-onSebelum memulakan adalah lebih baik untuk mendapat...
11/12/2022

TIPS TERBAIK UNTUK PERNIAGAAN KATERING

1. Dapatkan pengalaman Hands-on
Sebelum memulakan adalah lebih baik untuk mendapatkan pengalaman secara langsung dengan katerer yang bereputasi.

2. Penilaian moneteri
Bagaimana anda menarik pelanggan untuk mendapatkan pesanan (pengiklanan dan pemasaran)? Di manakah bahan makanan dan bahan makanan lain akan diperolehi? Lokasi yang manakah anda akan berkhidmat (pasar)? Di mana makanan disediakan (lokasi / lokasi pelanggan anda)? Bagaimanakah makanan diangkut untuk mengekalkan kesegaran? Berapa banyak pembantu dan pembekal yang anda perlukan (kakitangan)? Semua perlu dipertimbangkan, sambil mengingati belanjawan anda yang ada dan penilaian perniagaan yang realistik.

3. Keperluan infrasturktur
Pada awalnya mungkin anda akan memulakan katering dari dapur rumah anda. Namun, anda juga mungkin perlu menyewa ruang dapur komersil untuk memudahkan urusan mengambil pesanan atau mengatur lokasi penyediaan.

4. Harga dan pertimbangan kos
Anda juga perlu mengambil kira harga secara luas untuk bahan- bahan yang digunakan dan memilih pembekal yang sesuai mengikut harga borang yang berpatutan dengan bajet anda.

5. Rangaian dan promosikan
Terdapat pelbagai rangkaian sosial dalam talian yang boleh membantu menyebarkan berita perniagaan katering anda. Antara medium yang boleh digunakan adalah facebook, website, instagram dan lain- lain.

Untuk makluman lanjut,boleh follow page facebook kami https://www.facebook.com/profile.php?id=100087463125789

RESEPI PAJERI NENASTeringin nak makan pajeri kuning, jom tengok Resipi Pajeri Nenas Kuning Kenduri Kahwin ini. Mudah jer...
09/12/2022

RESEPI PAJERI NENAS

Teringin nak makan pajeri kuning, jom tengok Resipi Pajeri Nenas Kuning Kenduri Kahwin ini. Mudah jer.
Bahan-bahan:
• Kulit kayu manis
• Buah pelaga
• Bunga lawang
• Bawang merah – 4 ulas (dimayang)
• Bawang putih – 3 ulas (dimayang)
• Nenas – 1 biji (potong bulat dan potong 4)
• Gula
• Cuka
• Pewarna kuning

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
2. Masukkan nenas, gula dan cuka. Masak sehingga mendidih lama sedikit.
3. Masukkan sedikit pewarna.
4. Kalau ade biji sawi, boleh masukkan sekali. Sedia untuk dihidang.

Siap untuk dihidangkan! Jangan lupa untuk mencuba😉

Untuk sebarang info lanjut, jangan lupa tunggu next posting kami

Hai! Untuk pengetahuan semua kami sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis yang bakal berlangsung.Antara menu pilih...
09/12/2022

Hai! Untuk pengetahuan semua kami sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis yang bakal berlangsung.

Antara menu pilihan ramai adalah nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan juga nasi berlauk kampung.

Harga sebungkus RM12

FREE air sirap kami sediakan!!

Untuk tempahan dan lebih details boleh klik link whatsapp kami dengan kadar segera. Jangan lepaskan peluang!
http://www.wasap.my/60167389171

Kenali rempah ratus dan kegunaannyaMasakan di Malaysia terkenal dengan kepelbagaian jenis menu. Kepelbagaian ini terhasi...
08/12/2022

Kenali rempah ratus dan kegunaannya

Masakan di Malaysia terkenal dengan kepelbagaian jenis menu. Kepelbagaian ini terhasil daripada penggunaan bahan masakan yang berbeza menyebabka masakan yang dihasilkan sedap dan unik.
Antara bahan utama dalam masakan di Malaysia adalah rempah ratus. Hal ini kerana, rempah ratus dapat memberikan aroma menarik dalam masakan seharian kita. Jom kita mengenali jenis rempah ratus dan kegunaannya dalam masakan.

• Kayu manis (cinnamon)
Kayu manis digunakan sebagai bahan penumis untuk masakan seperti kari, rendang, masak kicap, sup dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kayu manis juga turut digunakan untuk membuat nasi minyak, nasi ayam, nasi tomato dan beberapa pilihan nasi yang lain.

• Ketumbar (Corriander)
Ketumbar adalah salah satu jenis rempah yang banyak digunakan sebagai penyedap makanan. Ketumbar boleh dikatakan digunakan dalam setiap masakan dan kegunaanya meliputi seluruh ketumbar itu sendiri.Akar dan batang selalunya digunakan di dalam rebusan sup untuk mewangikan sup. Batang dan daun ketumbar digunakan dalam semua jenis masakan dengan meletakkan hirisan daun ini dalam masakan akan menjadikan masakan anda lebih harum. Manakala biji ketumbar digunakan sebagai bahan penumis dalam masakan kari dan sebagainya.

• Buah Pelaga (Cardamon)
Pelaga adalah salah satu rempah yang termahal di dunia dan digelar sebagai ‘ratu’ segala rempah. Buah pelaga yang dikeringkan digunakan untuk menambah rasa yang unik ke dalam nasi, daging, sayuran dan pelbagai masakan.

• Bunga cengkih (clove)
Bunga cengkih mempunyai rasa yang tajam, kuat, dan manis yang hampir-hampir pedas atau ‘berangin’. Bunga cengkih digunakan dalam pelbagai jenis masakan nasi seperti nasi beriyani dan bunga cengkih yang dikisar selalunya digunakan dalam membuat kek.Rasa bunga cengkih yang kuat dapat mengatasi rasa lain dalam sesuatu masakan, oleh itu penggunaan yang sedikit amatlah digalakkan.

• Bunga lawang (Star anise)
Bunga lawang adalah salah satu daripada 5 bahan dalam rempah Cina. Ia digunakan untuk menambah rasa ke dalam masakan daging dan masakan yang memerlukan renehan yang agak lama.Bunga lawang juga dikisar untuk digunakan dalam masakan salai, kari dan boleh dijadikan sebagai minuman teh. Dalam masakan, bunga lawang sering dikatakan kembar kepada kulit kayu manis.

• Biji sawi (mustard seeds)
Biji sawi ialah biji kecil dari tumbuhan sawi. Biji sawi berperisa pedas dan berempah serta biji sawi hitam mempunyai rasa yang tajam dan kuat, manakala yang berwarna kuning dan putih p**a kurang berperisa.Ia digunakan untuk membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos, dan sos salad. Biji sawi juga digunakan dalam membuat acar atau merebus sayuran seperti kubis.

Credit by https://murai.my/2020/78115/jom-kenali-rempah-ratus-dan-kegunaanya-dalam-masakan/

Selamat pagi semua! Harini kami nak share dan promote lauk- lauk yang menjadi kegemaran ramai orang.Antara lauk yang kit...
08/12/2022

Selamat pagi semua!

Harini kami nak share dan promote lauk- lauk yang menjadi kegemaran ramai orang.

Antara lauk yang kita ada adalah ayam masak merah, rendang daging, ayam rendang dan lain- lain.

Baru cakap nama pun dah terbayang- bayangkan, tunggu apa lagi? Boleh dapatkan nasi kenduri kami

Harga sebekas RM12. Boleh pilih nak makan nasi tomato, nasi minyak atau nasi hujan panas. Nak beli semua pun boleh🤩

Untuk tempahan dan lebih details, boleh klik link whatsapp dibawah
www.wasap.my/60167389171

Checklist persiapan perkahwinan. Ada ke pelanggan kami yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada masa terdekat in...
07/12/2022

Checklist persiapan perkahwinan.

Ada ke pelanggan kami yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada masa terdekat ini? Meh sini kami nak share persiapan perkahwinan untuk anda.

12 BULAN SEBELUM
1. Kenalpasti lokasi majlis mengikut bajet dan keselasaan bakal pengantin. Contohnya, di rumah, masjid, dewan serbaguna atau hotel.
2. Tetapkan tema majlis untuk mempermudahkan anda memilih pakaian pengantin, dekorasi hantaran, warna kanopi, dporgift dan pelamin.
3. Hadiri pameran dan ekspo pengantin untuk mendapatkan idea untuk majlis. Bakal pengantin boleh mendapatkan maklumat serta survet vendor pilihan untuk mendapatkan pakej yang terbaik. Antara maklumat vendor yang boleh didapatkan seperti: Pakaian pengantin, pelamin, kanopi, photographer, videographer dan katering.

9 BULAN SEBELUM
1. Hadiri majlis food sampling untuk mencuba menu- menu yang disediakan oleh pihak katering sebelum bersetuju mengambil servis mereka.
2. Buat bayaran deposit untuk vendor untuk lock date majlis anda.
3. Tempah baju kahwin dan baju tema keluarga.

6 BULAN SEBELUM
1. Menghadiri kursus kahwin selama dua hari untuk memahami dan belajar tanggungjawab suami isteri dalam keluarga.
2. Lakukan Ujian HIV dan Talasemia untuk pasangan dapat merancang keluarga dan zuriat yang sihat.
3. Rancang dan beli barang- barang hantaran.

3 BULAN SEBELUM
1. Sediakan borang dan dokumen penting seperti kad pengenalan, borang permohonan nikah, borang saksi, sijil kursus kahwin, laporan ujian HIV dan talasemia dan lain- lain.
2. Tempah kad jemputan, bunting dan doorgift.
3. Beli cincin dan barang kemas.

1 BULAN SEBELUM
1. Hantarkan kad jemputana kepada saudara- mara dan sahabat handai.
2. Tempah tempat penginapan untuk keluarga belah pengantin lelaki

2 MINGGU SEBELUM
1. Penjagaan diri
2. Follow up dengan vendor untuk bertanya perjalanan majlis anda.

1 HARI SEBELUM
1. Persiapan pakaian perkahwinan.
2. Inai di tangan
3. Pastikan vendor hadir dan deliver
4. Bahagikan tugas kepada ahli keluarga dan tidur awal

HARI MAJLIS
1. Ambil sarapan
2. Bertenang
3. Bersiap dan datang awal

Lengkap checklist persiapan perkahwinan untuk anda dari A- Z. Jangan lupa pastikan semua checklist anda lengkap.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan katering, boleh hubungi kami untuk dapatkan maklumat☺️
http://www.wasap.my/0167389171

Rendang Daging terlajak sedap!😍Tengok gambar je dah boleh buat orang terliur kan Belum lagi rasa. Untuk pengetahuan semu...
07/12/2022

Rendang Daging terlajak sedap!😍

Tengok gambar je dah boleh buat orang terliur kan Belum lagi rasa. Untuk pengetahuan semua, kita menggunakan daging yang fresh untuk penyediaan rendang daging ni. Bahan- bahan untuk dimasak juga menggunakan bahan yang premium

Makan sekali tentu terngiang- ngiang. Sudahlah jarang dapat makan nasi kenduri. Apatah lagi dapat makan rendang daging dan nasi minyak.
Satu set RM12.00 untuk sebekas. Free Air sirap tau! Confirm puas punya!

Untuk tempahan dan lebih details, boleh klik link di bawah
www.wasap.my/60167389171

Ada yang teringin nak makan Nasi Tomato? Hari ini kami buka order untuk semua pelanggan yang ingin dapatkan produk kami....
06/12/2022

Ada yang teringin nak makan Nasi Tomato?

Hari ini kami buka order untuk semua pelanggan yang ingin dapatkan produk kami.

Hari ini kami lancarkan produk pertama kami iaitu Nasi Tomato. Tahu tak, nasi tomato kami sangat digilai ramai? Malah, bukan hanya sekali membeli, bahkah berkali- kali kami dapat customer yang ingin membeli lagi

Jadi tunggu apa lagi, anda boleh start untuk order Nasi Tomato by NS’s Catering sebelum tempahan ditutup.

Nak tahu apa yang menarik untuk setiap pembelian Nasi Tomato?
Anda akan dapat FREE sebungkus air Sirap dari kami. Free tau!

Marilah cepat- cepat tempah Nasi Tomato anda sekarang! Untuk tempahan dan details lanjut, boleh klik whatsapp kami segera
www.wasap.my/60167389171

Bismillahirahmanirrahim. Hi! Selamat pagi semua! Harini merupakan hari pertama kami akan launch servis pertama kami iait...
05/12/2022

Bismillahirahmanirrahim. Hi! Selamat pagi semua! Harini merupakan hari pertama kami akan launch servis pertama kami iaitu NS’S Catering🥳🥳

Nak tahu apa yang menarik dengan servis kami? Kami menyediakan servis untuk yang ingin membuat majlis kecil- kecilan mahupun masjis besar- besaran Menarik bukan? Dan untuk pengetahuan semua, kami menyediakan makanan yang berkualiti tinggi untuk semua pelanggan kami. Antara pilihan makanan yang kami sediakan adalah Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato dan bermacam- macam lagi🤩

Mesti anda semua tertanya- tanya dengan harga makanan kami. Kepada pelanggan yang ingin menempah makanan dari kami, harga bagi per seorang adalah RM12 sahaja. Istimewa untuk pelajar UiTM S3, setiap sebungkus pembelian akan diberikan FREE AIR SIRAP S**a tak?😍

Harga Sebungkus : RM12

FREE AIR SETIAP BUNGKUS NASI BAGI PELAJAR UiTM S3

Untuk tempahan dan details lanjut, boleh klik link whatsapp kami
www.wasap.my/60167389171

Address

26, Jalan Seremban Tiga 2, Seremban 3
Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NS’s Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Caterers in Seremban

Show All

You may also like