ZARQIL CATERING

ZARQIL CATERING Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ZARQIL CATERING, NO. 1011 Jalan TTJ, TAMAN TUANKU JAAFAR, Seremban.
(2)

06/06/2023

RESEPI KEK GULA HANGUS KUKUS
‍‍‍‍‍‍
Bahan-bahan:

• 1 cawan gula pasir

• 1 cawan air panas

• 1 cawan tepung gandum

• 3 sudu makan marjerin

• 4 biji telur ayam gred B

• ¾ cawan susu pekat (½ cawan untuk kurang manis)

• 2 sudu kfc soda bikarbonat

• 1 sudu kfc baking powder

• 1 penutup botol esen vanila

‍‍‍‍‍‍ Cara-cara:

1. Panaskan gula (api sederhana) sehingga hangus.

2. Bila nampak keperangan, kecilkan api, tuang air panas tadi sikit demi sikit sampai habis (hati-hati ye, masa ni adunan sedikit meletup-letup).

3. Api perlahan sahaja sampai gula hangus dan air sebati.

4. Kemudian masukkan marjerin, kacau tutup api. Biarkan adunan seketika.

5. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau-kacau manja bagi kuning telur pecah je, kacau lagi dengan susu pekat dan esen vanila.

6. Tepung, soda bikarbonat, baking powder (diayak).

7. Kacau sebati.

8. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.

9. Panaskan periuk kukus sehingga mendidih sebelum masukkan adunan.

10. Kukus 1 jam atau sehingga masak

06/06/2023

Hari ni kita msk Tomyam putih..

Tomyam kes**aan keluarga semestinya

Tomyam putih..sgt sdp di mkn dgn nasi pns sambil menghirup kuahnya😋😋

Sye share resepi utk anda mencuba msk .

Bahannya

1 keping dada aym( potong kecil)

Sedikit udang dan sedikit sotong

1 biji bwg bsr di hiris

2 biji bwg putih ketuk

3 btg serai ketuk

3 inci lengkuas

6 biji cili padi ketuk

1 cube aym megi

2 sudu sos ikn

Sedikit garam dan serbuk perasa

1 biji tomato , lobak merah,bunga kobis

3 helai daun limau purut

2 biji limau nipis perah ambil jus nye

Caranya - mudah je

Tumis bwg putih dgn sedikit myk hingga naik bau + Aym dan rebus dgn 3 cwn air hingga didih ..masukkan bwh bsr, halia dan lengkuas cili padi dan cube aym + lobak merah dn bunga kobis+ serai + sotong dn udang msk hingga didih + sos ikn+ daun limau purut dn jus limau + sikit gula dan garam dn serbuk perasa jika s**a + 2 sudu santan atau susu cair pun boleh..renihkan sekejap ..mas**an tomato yg telah dipotong .dan taburkan dgn daun saderi yg tlh dipotong kecil...aroma nye menyengat😋dan sgt sdp...slmt mencuba

Sumber : rehan husin

24/05/2023

SAMBAL GORENG BERAPI🔥
Bahan2 :
*Bawang besar
*Bawang putih
*Cili padi merah + hijau (ikut tahap kepedasan masing2)
*Ikan biliss
*Asam keping + serbuk perasa
*Kuali legend ( ramuan utama sambal bertambah sedap )

Cara2 :
1. Goreng semua bahan
2. Kisar hancur
3. Goreng balik bahan kisar ikut citarasa nak kering / basah basah
4. Makan dengan nasi panas panas + telur mata kuning telur cair

Sumber : Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

24/05/2023

Address

NO. 1011 Jalan TTJ, TAMAN TUANKU JAAFAR
Seremban
70450

Telephone

0193802867

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ZARQIL CATERING posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Seremban event planning services

Show All