08/10/2017
Disebabkan ada likers yang ingin mendapatkan tips fotografi dari kami, maka kami dengan berbesar hati ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang kami ada, agar dapat dimanfaatkan bersama.
1. Minat
Kepada mereka yang ingin mencuba bidang fotografi ini, pertama sekali haruslah mempunyai minat yang tinggi. Ini kerana hobi untuk bermain kamera ini ialah hobi yang boleh dikatakan sebagai hobi yang mahal. Jangan sia-siakan duit anda untuk membeli peralatan kamera yang mahal, tetapi akhirnya kamera itu digantung dan terbiar tanpa digunakan kerana anda telah beralih minat kepada sesuatu hobi yang lain, ataupun telah berputus asa dengan mudah apabila tidak mendapat gambar yang mencapai piawaian kepuasan yang anda inginkan.
2. Focus
Dalam bidang fotografi ini terdapat pelbagai kategori. Antaranya yang paling pop**ar ialah portrait. Kebanyakan jurugambar perkahwinan, jurugambar model dan jurugambar jalanan mempunyai kekuatan didalam kategori ini. Oleh itu, anda seharusnya mencari dimanakah kategori kekuatan fotografi anda. Mungkinkah ianya portrait, landskap, sukan, senibina, alam semulajadi, hidupan liar, ataupun astrofotografi?
3. Kenali Peralatan Anda
Setelah anda tahu dimanakah kekuatan anda, anda perlu untuk mempelajari kamera, lens, dan penggunaan aksesori anda yang lain. Berikut ialah pengetahuan asas bagi kamera, lens dan juga aksesori. Anda perlu tahu dalam situasi yang mana anda harus gunakan kelajuan shutter tinggi dan rendah, iso, dan juga bukaan aperture. Kemahiran teknik lighting adalah pengetahuan asas yang sangat membantu dalam penghasilan gambar yang cantik. Anda boleh gunakan speedlight, atau reflector sebagai contoh. Tetapi, ingin diingatkan disini bahawa ianya adalah subjektif. Ada jurugambar yang lebih gemar menggunakan natural light dari cahaya yang ada, dan begitu juga sebaliknya.
4. YouTube
Rajinkan diri untuk menonton pelbagai tutorial di dalam YouTube dari pelbagai negara walaupun ada bahasa yang mungkin tidak dapat anda fahami. Dari tutorial ini anda akan dapat pelajari pelbagai teknik, bermula dari komposisi hingga cara edit gambar dengan sangat cantik. Dan letakkan di dalam diri, gambar mempunyai emosi dan penceritaannya yang tersendiri. Gambar bukan sekadar gambar.
5. Shoot RAW!
Sekiranya anda berminat untuk edit gambar anda, anda seharusnya memilih mode "RAW" instead of "JPEG". Ini kerana fail RAW memiliki resolusi yang lebih tinggi berbanding JPEG dan ia mengandungi segala detail di dalam kamera anda. Anda akan nampak hasilnya apabila anda melakukan edit RAW dan JPEG bagi dua gambar yang sama.
Sekian, terima kasih.