Pangkin Home Cafe

Pangkin Home Cafe Menerima tempahan utk jamuan kecil2 di pejabat, rumah, sekolah ataupun utk majlis keraian.... pm utk

18/12/2024

21 PETUA CUKA

1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur.
📌Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.

2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula.
📌Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai.
📌Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah
📌Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.

5. Cuci Microwave oven.
📌Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehingga mendidih selama beberapa ketika. Bahan-bahan makanan yang terlekat akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Lap dengan kain sehingga bersih.

6. Bersihkan rak dan dinding dalam peti ais
📌Lap menggunakan kain yang di celupkan ke dalam campuran cuka dan air biasa.

7. Bersihkan daki dan kotoran di atas peti ais.
📌Gunakan cuka pekat dan lap menggunakan kertas tisu atau kain.

8. Bersihkan pintu oven daripada selaput minyak.
📌Sapukannya dengan cuka pekat. Biarkan pintu oven terbuka selama 10 ke 15 minit sebelum mencuci dengan span.

9. Mengembalikan semula seri pada gelas yang telah pudar.
📌Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.

10. Tanggalkan daki yang melekat pada cawan.
📌Sental dengan perlahan menggunakan garam atau serbuk-penaik.

11. Menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik.
📌Lap menggunakan kain yang telah dibasahkan dengan cuka.

12. Menghilangkan kesan bau pada bekas makanan.
📌Masukkan sekeping roti yang telah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman.

13. Menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.
📌Rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika dan bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Ulangi beberapa kali jika perlu.

14. Menghilangkan bau cebisan kuah atau makanan yang telah basi dari dalam peti sejuk.
📌Bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Sembur atau renjiskan kawasan tersebut dengan cuka pekat dan keringkan menggunakan kain lembap. Isikan satu bekas kecil dengan ‘serbuk penaik’ dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.

15. Untuk menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas.
📌Bungkus atau tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.

16. Membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin.
📌Cuci dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.

17. Membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven.
📌Celupkan sponge ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.

18. Untuk menyegarkan bilik air.
📌Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.

19. Membersihkan tompokan kotoran pada karpet.
📌Campurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Gunakannya untuk menyental kesan kotoran pada karpet dan biarkan kering. ‘Vacum’ karpet tersebut pada keesokkan harinya.

20. Membersihkan gunting yang melekat (selepas menggunting cellotape etc.).
📌Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

21. Membersih serta menghilangkan bau air kencing di atas tilam.
📌Campurkan sedikit cuka dan air dan gunakan kain untuk lapkan tompokan air kencing di atas tilam. Kemudian, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’. Biarkan kering buat seketika. Berus atau vakum selepas kering

Jangan Buang peti ais yng rosak 😍🤣boleh DIY jadi simpanan piring cawan sudu haaa cik tikus cicak lipas tak ada chance ma...
14/12/2024

Jangan Buang peti ais yng rosak 😍🤣boleh DIY jadi simpanan piring cawan sudu haaa cik tikus cicak lipas tak ada chance masuk dah uolls😍

Ramai ke peminat pajeri terung dlm ni?Edit post sbb rmai yg minta resepi..cara saya5 @ 6 biji Terung ~ goreng dulu dr wa...
10/12/2024

Ramai ke peminat pajeri terung dlm ni?

Edit post sbb rmai yg minta resepi..cara saya

5 @ 6 biji Terung ~ goreng dulu dr warna asal btukar kpd warna coklat n agak lembut
*10 tangkai cili kering
*4,5 biji bawang merah (size sedang)
*3,4 ulas bawang putih
*udang kering
Blend bahan bertanda *
Rempah ➡️ https://s.shopee.com.my/10mNUYblxt
1 @ 2 keping asam keping
1 @ 2 btg serai ~ ketuk
4 sekawan
Santan pekat
1 keping Gula nisan/kerek
Sedikit gula pasir
Garam scukup rasa

Tumis 4 skawan,serai n bahan blend smpai garing
Masukkn rempah kari, masukkn sdikit air utk elak kan rempah hangus/hangit ~ tumis smpai garing n pecah minyak
Masukkan gula pasir, gula kerek/nisan, asam keping & kerisik
Kemudian masukkn santan... Dah mdidih msukkn terung
Biarkan atas dapur,sesekali kacau..masak smpai kuah agak pekat
Perasakan dgn garam, cukup rasa
Siap

*sy s**a pajeri rasa sedikit manis
*blh kurangkn @ lebihkan s**atan bahan ikut b*k mna nak masak

Photos from Faridah Abdul Arif

S**a air barli tapi tak tahu cara masak barli yang tepat? Jom ikut cara ni.1. Rendam barli semalaman atau paling tidak p...
10/12/2024

S**a air barli tapi tak tahu cara masak barli yang tepat? Jom ikut cara ni.

1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam bagi lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya s**a ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.

Kredit : Mastura Rashid

Kurma ayam untuk tengahari ni. Maaf asyik lalu lalang je menu akak 🤭Ada yang nak masak kurma macam ni. Akak masak agak2 ...
10/12/2024

Kurma ayam untuk tengahari ni. Maaf asyik lalu lalang je menu akak 🤭

Ada yang nak masak kurma macam ni. Akak masak agak2 je ni 😁

Masak kurma ayam
🍅🍅🍅
Bahan²nya:

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili besar hijau

Blendkan semua bahan² diatas

Ayam seekor yang sederhana..
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
4@5 sudu besar rempah kurma
1 cawan santan pekat
Garam

Hiasan
🍅🍅
3 biji kentang dibelah 4
1 biji bawang besar di belah 4
2 biji tomato dibelah 4
2 biji cili besar hijau
2 biji cili besar merah

Cara²nya:

🍅🍅🍅
Panaskan minyak, tumis 4 sekawan, kemudian masukkan bahan2 blend tadi. Agak garing masukkan bancuhan serbuk kurma tadi. Tumis bagi betul² garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan ayam, kentang dan bawang besar yg telah dibelah 4 tadi. Biar ayam kecut sekejap baru masukkan air dan garam.

Renehkan ayam sampai empuk baru masukkan santan, cili dan tomato. Dah mendidih tutup api. Sekian.

Kalau kurang pedas lagi boleh letak cili api.

Resepi Oleh: Nor Misnor

RESEPI ROTI SARDIN CELUP TEPUNG RANGUP..BAHAN2 UTK SARDIN(INTI)bwg putih 2ulas tumbukbwg merah bsr 1 bji potong dadu(Tum...
13/11/2024

RESEPI ROTI SARDIN CELUP TEPUNG RANGUP..

BAHAN2 UTK SARDIN(INTI)
bwg putih 2ulas tumbuk
bwg merah bsr 1 bji potong dadu
(Tumiskn bahan di atas hingga garing)
Masukn 1 tin kecil sardin xkisah ape brand pn..
Hancur2kn srdin..msukn sedikit air asam jawa sedikit garam,gula ok siap ketepikn ...

BAHAN TEPUNG

1 cwn tpung gandum
3sdu bsr tpung beras
1sdu teh serbuk kunyit
1 bji telur
Garam gula secukupnya jgn bnyk2 nti masin plak😂

Campurkn smua bahan diatas msukn air kacau sebati..adunan lebih cair drpd adunan cucur tau..jgn pekat jgn cair sngt...sedang2 je pndai2 le agak..😂😂..

Ok siap smua boleh la sapu inti pd sekeping roti lps tu lapik gn sekeping roti yg kosong pstu potong jdkn 4 bahagian..bt smpai hbis
Panaskn minyak boleh la start celup & menggoreng..slmt mencuba..😘
Kredit empunya resepi

Chicken salad yang teramat mudah dan sangat sedap sampai rasa nak makan hari-hari😂Chicken Salad :1. Ambil isi ayam. Poto...
13/11/2024

Chicken salad yang teramat mudah dan sangat sedap sampai rasa nak makan hari-hari😂

Chicken Salad :
1. Ambil isi ayam. Potong kecil2 ikut s**a hati bentuk apa pun.
2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.
3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut taste masing2.
4. Hidang ayam grill tadi atas salad.
5. Tabur cherry tomatoes.
6. Letak telur rebus.
( cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)
7. Last sekali, dressing dengan Kewpie dressing.

Semua bahan seperti dalam gambar saya beli di Mydin je😁 Shopee pun ada..

Paprika ground
Cajun Seasoning
Rosted Sesame Dressing

Selamat mencuba! ❤️

Sumber : nabihah azhar

Terpaling sedap tak payah membeli  Burnt Cheese Cake Bahan - bahan Cream Cheese 250g Gula halus 1/2cup Telur 3 biji Tepu...
08/11/2024

Terpaling sedap tak payah membeli Burnt Cheese Cake

Bahan - bahan

Cream Cheese 250g
Gula halus 1/2cup
Telur 3 biji
Tepung gandum 2 sudu besar
Whipping cream 125ml

Blend dulu telur 3 biji , then cream cheese dan seterusnya.. lepastu sapu butter sikit dekat loyang size 6inci. Takyah boh baking paper lagi😄

AF dengan suhu 180 selama 25minit

Dah siap, biarkan sejuk then baru masuk peti ais. Bila sejuk baru potong nanti cantik kejadiannya.

Saya guna Air Fryer Jenama KHIND ni👉🏻 https://s.shopee.com.my/4pyGNcO0os

Saya halalkan resepi ni 😍

Credit .amri

RESEPI AYAM GORENG MAMAK YANG BIKIN KETAGIH 🤤🤤😋Bahan-bahan:1 ekor ayam6 sudu makan tepung jagung6 sudu makan tepung bera...
27/10/2024

RESEPI AYAM GORENG MAMAK YANG BIKIN KETAGIH 🤤🤤😋

Bahan-bahan:

1 ekor ayam

6 sudu makan tepung jagung

6 sudu makan tepung beras

3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih

2 inci halia

5 tangkai cili kering

2 sudu makan rempah kari

1 biji telur

Garam secukup rasa

1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara:

1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

RESEPI CUCUMBER SALADBAHAN-BAHAN :Timun jepun, plain yogurt, garam, garlic powder, chilli sprinkle, mix herbs, lemon & w...
27/10/2024

RESEPI CUCUMBER SALAD

BAHAN-BAHAN :

Timun jepun, plain yogurt, garam, garlic powder, chilli sprinkle, mix herbs, lemon & white pepper.

Resepi ada di gambar okey.

Cubalah, serius sedappp.

Sumber : Shahariza Shah Abu Bakar

SELAMAT MENCUBA 👍

Terpaling sedap tak payah membeli  Burnt Cheese Cake Bahan - bahan Cream Cheese 250g Gula halus 1/2cup Telur 3 biji Tepu...
27/10/2024

Terpaling sedap tak payah membeli Burnt Cheese Cake

Bahan - bahan

Cream Cheese 250g
Gula halus 1/2cup
Telur 3 biji
Tepung gandum 2 sudu besar
Whipping cream 125ml

Blend dulu telur 3 biji , then cream cheese dan seterusnya.. lepastu sapu butter sikit dekat loyang size 6inci. Takyah boh baking paper lagi😄

AF dengan suhu 180 selama 25minit

Dah siap, biarkan sejuk then baru masuk peti ais. Bila sejuk baru potong nanti cantik kejadiannya.

Saya guna AF Jenama KHIND 😁
Saya halalkan resepi ni 😍

Credit .amri

https://s.shopee.com.my/4Ai4mKpY7W
19/10/2024

https://s.shopee.com.my/4Ai4mKpY7W

Malodor Prevention 3 Weeks Long-Lasting Fragrance Easy Iron Under storage conditions Keep out of reach of children! In case of eye contact, rinse thoroughly with water. Store products in cool place, keep away from direct sunlight. There is possibility of choking hazard. Therefore, please always clos...

KATERING UNTUK MESYUARAT PERLAKSANAAN SISTEM MATERIAL INFORMATICS PADA 16 OKTOBER 2024🍂 BRUNCH DAN MINUM PETANG
19/10/2024

KATERING UNTUK MESYUARAT PERLAKSANAAN SISTEM MATERIAL INFORMATICS

PADA 16 OKTOBER 2024

🍂 BRUNCH DAN MINUM PETANG

Hari Kedua Katering Minggu Lepas 11/10/2024Alhamdulillah ♥️
14/10/2024

Hari Kedua Katering Minggu Lepas 11/10/2024
Alhamdulillah ♥️

Kuih legend.. KASWI PANDAN LEMAK MANIS BAHAN2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung ubi1 cawan santan pekat 1 cawan jus pa...
14/10/2024

Kuih legend..

KASWI PANDAN LEMAK MANIS

BAHAN
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (6 - 7 helai daun pandan + 1 cawan air.. blender.. tapiskan)
2 3/4 cawan air
1 1/4 cawan gula - nak manis lagi boleh tambah
Sedikit air kapur makan
Sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa putih gaul dgn sedikit garam

CARA2 :
👉🏻Bancuh semua bahan atau blender halus.. tapiskan
👉🏻Loyang size 8.. sapu dgn sedikit minyak.. panaskan loyang dlm 2 minit
👉🏻Tuang adunan dlm loyang.. Kukus 30 minit
👉🏻Kalau ada wap air jatuh.. terus je lap/alas dgn tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.. buat dgn perlahan2 agar tak merosakkan permukaan kuih
👉🏻Tunggu betul2 sejuk.. baru potong & gaul dgn kelapa
👉🏻Sedia dihidang.. 😊

Address

No 3, Lp 1/3, Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai
Seri Kembangan
43300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pangkin Home Cafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pangkin Home Cafe:

Videos

Share

Category