Studio Minuman Abey

Studio Minuman Abey Kami menjual minuman segar , sejuk dan panas serta sedia menerima tempahan untuk apa jua majlis . Ju
(31)

14/11/2024
14/11/2024
07/08/2024

Jika saya seorang penjual pisang goreng, apa saya akan buat?

1.Daftar syarikat enterprise RM70

2.Buka akaun atas nama syarikat yang didaftarkan tadi.
Jika buka di Bank Islam, tak perlu referral standby deposit RM1000, dokumen pendaftaran syarikat dan buat satu cop rasmi syarikat.
Lepas akaun berjaya dibuka, RM1000 boleh bawa keluar 100%.
Akaun semasa ni, tak sama dengan akaun simpanan kena tinggal RM1 lah, RM20 lah ada yang RM50 pun ada.
Akaun semasa boleh guna hingga baki tinggal RM0.00

3.Masukkan modal bisnes dalam akaun semasa tersebut katakan RM5000

4.Setiap kali nak beli barang keperluan bisnes, pastikan resit simpan dan claim dari akaun bisnes ni.
Contoh modal untuk buka kedai harian RM200, pastikan resit pembelian disimpan dan ada rekod RM200 dikeluarkan dalam akaun bisnes tersebut.

5.Hasil jualan harian, masukkan dulu ke dalam akaun bisnes tersebut.
Setkan masa tutup akaun pukul 3petang contohnya supaya sempat pergi ke bank untuk depositkan hasil jualan harian.
Untuk hasil jualan selepas pukul 3petang masuk dalam hasil jualan esok p**a.

6.Jika ada pekerja harian, lagi cantik setkan masa pukul berapa untuk bayar gaji secara online ke akaun pekerja tersebut.
Kenapa online transfer?Sebab mudah nak trace transaksi masa nak buat penyata untung rugi bila hujung tahun.
Jika pembelian barang keperluan untuk jualan harian boleh bayar secara online lebih mudah kerana boleh rekodkan terus di reference semasa nak lakukan transaksi secara online.

7.Untuk kegunaan tuan punya kedai samada nak guna buat bayar yuran sekolah anak-anak, transfer sahaja dari akaun bisnes dan letakkan reference sebagai "ambilan".

8.Untuk sebarang kos untuk perniagaan seperti kos isi minyak pergi dan balik semasa buka dan tutup kedai atau membeli barang boleh claim dari akaun bisnes juga.
Kos ini akan dimasukkan ke dalam kos operasi di mana ditolak dari total pendapatan dan keuntungan bersih akan berkurangan.
Senang cerita jika kos operasi masa mula-mula berniaga tinggi, kemungkinan tahun pertama tak dikenakan cukai kerana keuntungan bersihnya yang tidak capai minimum yang dikenakan cukai.

9.Cukup setahun, bank statement download sahaja secara online untuk 12 bulan dan beri pada syarikat akauntan untuk buatkan penyata untung rugi.

10.Declare income tax, kalau tak pandai minta jer akauntan tu buatkan terus lepas siap penyata untung rugi tu.
Nanti akauntan akan interview lah berkenaan dengan perkara yang membolehkan dapat pelepasan dan rebate tahun itu.

11.Jika ada dikenakan cukai, bayar terus dan fokus p**a untuk akaun bagi tahun berikutnya.

*Resit isi minyak,beli pisang,tepung dan lain-lain simpan dalam satu file.Jika advance siket scan terus upload dalam google drive jika risau hilang entah ke mana nanti.

Ni apa yang akan saya buat, mungkin yang lebih pro lebih details step dan rekodnya.

Jika dah niaga 10tahun tak pernah buat, mulakan sahaja sekarang.

Mungkin step di atas tu tak berapa tepat, nanti tahun pertama pasti akauntan yang buat penyata untung rugi kita akan nasihat untuk penambahbaikan kewangan bisnes kita.

Untung ke rugi kalau ikut step di atas?😁

Jika kita mampu beli rumah seawal usia menggunakan akaun bisnes secara loan kenapa nak tunggu dah berumur baru nak beli rumah secara tunai?

Silap-silap masa tu harga rumah pun dah double dari hasil simpanan bisnes kita.

Dah dapat loan awal, jika bisnes untung besar, setel awal loan siap dapat rebate lagi.😎

Cnp cc:saharudin yusof

20/07/2024

Resepi Susu Pekat Buatan Sendiri 🥛🍯

📝Bahan-Bahan :
- 1 cawan susu tepung🥛
- 1 cawan gula 🍬
- 1/4 cawan air 💧
- 1 sudu besar esen vanila 🍦

===============================
♨️ Cara-Cara :
1. 🥄 Campurkan gula dan air dalam periuk dengan api sederhana-rendah hingga gula larut sepenuhnya. Jangan biarkan campuran mendidih atau berwarna coklat.

2. 🔄 Setelah gula larut, pindahkan ke dalam pengisar (lebih baik dalam balang kaca). Kisar selama satu minit, kemudian tambah esen vanila.

3. 🥤 Masukkan serbuk susu sedikit demi sedikit tanpa berhenti mengisar.

4. ⏳ Selepas semua serbuk susu ditambah, kisar selama lebih kurang lima minit. Untuk mengelakkan pengisar panas, boleh matikan setiap satu minit selama 30 saat. Jika campuran terlalu pekat, tambah 2 atau 3 sudu besar air sambil terus mengisar.

5. 🥶 Apabila siap, pindahkan campuran ke dalam balang kaca, biarkan sejuk, dan simpan dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba 🥳

Kredit Pemilik Foto dan Resepi
Moga Sama2 Dapat Manfaat ❤️ Dunia Akhirat

14/07/2024
08/07/2024

Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa apa jenis nasi pun boleh dan roti apa apa pun boleh contoh roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti gardenia dan macam macam lagi

Jom belajar

A) Di mayang halus
Bawang putih 7 ulas
Bawang merah 7 ulas
Halia 3 inci

Panaskan minyak 1 cawan
Masukkan bahan A

Masukkan kedalam mangkuk👇

B ) Rempah kari ikan 3 sudu makan
Rempah beriani 1 sudu makan
Rempah kurma 1 sudu makan
Serbuk cili 2 sudu besar

Bahan A sudah garing masukkan semua bahan B ( kecil kan api dapur)

Dah nampak masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak
Masukkan gula garam dan serbuk perasa
Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi
Biarkan mendidih 5 minit
Masukkan santan pekat@ kotak 100ml
Kacau dan sederhanakan api dapur
Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau
Lepas tu masukkan air asam jawa pekat 1 sudu kecil
Tambah santan pekat 50ml
Biarkan mendidih 5 minit

Dah masak…bolehlah dimakan

Kredit Pemilik Foto
Moga Sama2 Dapat Manfaat ❤️

05/07/2024
15/06/2024
25/05/2024

Kt Malaysia bole ke

26/03/2024

Kilang nya di Air Hitam Johor

18/03/2024
17/03/2024

Address

Lot 4076 , Jalan Kenanga 3 , Bandar Baru Ibrahim Majid
Simpang Rengam
86200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Studio Minuman Abey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category

Nearby event planning services


Other Simpang Rengam event planning services

Show All