
19/11/2022
Resepi THAI BUTTER CAKE SUPER MOIST & LEMBUT
Bahan²nya
264gm tepung kek superfine(ayak)
1⅓ sk baking powder(ayak)
200gm salted butter
200gm gula aising
16g ovalette
245gm telur
105gm susu cair
1sb esen vanilla
Cara²
Dalam mixer satukan butter, gula aising & ovalette hingga putih,gebu & ringan
Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga adunan lembut dan gebu.
Kemudian masukkan tepung diselang selikan dengan susu cair..waktu ni letakkan sekali esen vanilla.
Masukkn adunan dalam loyang /aluminium foil dan letakkan loyang saiz 10 inci besar di bawahnya yang dialas tisu basah bakar dalam oven
Gunakan lidi / belakang sudip kayu untuk lorek2kan adunan bagi mengeluarkan gelembung udara dalam adunan tepung.
Bakar suhu 170° selama 45 minit api atas bawah & 20 minit terakhir guna api bawah sahaja.
Sumber tidak dapat dikenalpasti