25/08/2022
*IKHLAS*
Ikhlas itu apa?
Ikhlas itu dimana?
Ikhlas itu bagaimana?
Tiada siapa yg tahu . . .
Bagaimana kamu mengukur keihlasan seseorang bila dia berhadapan denganmu?
Sedangkan dirimu sendiri pun belum dapat mengukur keihlasan dirimu . . .
Bagaimana cukup yakin kamu bahawa dirimu sudah ikhlas dalam bersedekah bila bibirmu masih mengungkit dan bercerita?
Cukup yakin kah kamu sudah ikhlas bila masih sakit hati dengan kenangan lama?
Ya katanya manusia mana yang tidak merasakan sakit? . . . Jadi kenapa kamu berkata bahawa kamu ikhlas?
Intinya ikhlas itu susah dicari,susah digali,dan susah dimiliki.
Lalu bagaimana aku mahu ikhlas dalam melakukan sesuatu jika ikhlas itu susah dicari?
Makanya dalam berdoa jangan pernah berkata, ' Ya Allah,aku ikhlaskannya'.
'Ya Allah,sungguh aku benar-benar ikhlas'.
Tapi berdoalah dengan berkata . . .
'Ya Allah,jadikan aku orang yang ikhlas'.
'Ya Allah,ikhlaskan lah hatiku untuk memaafkannya'.
'Ya Allah, ikhlas kan lah hatiku untuk menerima segala perbuatannya'.
Berbeza bukan???
Kerana ikhlas itu cuma Allah yg tahu intinya.