Momogun RTv

Momogun RTv Podcast & Live Streming, Media dan Video Production ,Video iklan, Event Planner, Emce berpaksikan k Saluran promosi usahawan dan produksi tempatan

16/10/2024

Tahukah anda bahawa Momogun RTv(MRTv) menyediakan perkhidmatan sah(berlesen) khas untuk anda seperti betikut;
A. Sound system
1. Karaoke sound system
2. karaoke+3 piece band
3. Karaoke+ Full band with singer
B. Photographer
1. indoor
2. outdoor
C. Videographer
1. Product promo
2. iklan kommersial
3. Mini documentari
4. Small n big event
5. Wedding
D. Fb n U-tube live streaming/MPC
1. live event
2. pageant
3. wedding
4. competetion
etc
E. Juruacara
1. Majlis rasmi
2. Majlis tidak rasmi
3. pageant
4. Sebarang majlis di semua peringkat
( 3 tahun pengalaman juruhebah radio, lbh 10 tahun memgacara)

cubuk fb kami:
https://www.facebook.com/MomogunRTv?mibextid=ZbWKwL

Podcast & Live Streming, Media dan Video Production ,Video iklan, Event Planner, Emce berpaksikan k

Job emcee and sound system di Kudat 12hb ini...
29/09/2024

Job emcee and sound system di Kudat 12hb ini...

24/09/2024

*TIKO TOKERS BUKAN SATU PROFRSSION*

TikTokers BUKAN satu pekerjaan !!
Yes itu pendirian saya....
Saya minta maaf kalau ada ibu bapa yang tak setuju..
Ataupun kalau ada cikgu cikgu yang tak setuju...

Tapi saya berpegang teguh dengan pendirian ini iaitu, MENJADI TIKTOKERS bukanlan SATU PEKERJAAN.

Hari ini saya memberi ceramah kesihatan di sebuah sekolah di Ampang.
Maka di kesempatan itu, saya bertanya adik adik tingkatan 3 tu semua...

"Siapa nak jadik doktooooorrr?" - adalah dalam 5-6 orang angkat tangan.
Siapa nak jadik engineer? - dalam 2-3 orang angkat tangan.
Siapa nak jadik cikguuuuuuu? - dalam 4-5 orang angkat tangan.

Saya rasa pelik sangat sebab jumlah pelajar adalah lebih kurang 200 orang.
Jadi dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya,
Korang ni semua nak jadik apa?

Masing masing menjeritkan sesuatu dan saya tak berapa dengar apa yang mereka sebutkan.. tapi saya macam dapat tangkap beberapa perkataan.

Maka saya tanya,
Siapa nak jadik Tiktoker??
Suku dewan tu angkat tangan, terutamanya girls yang duduk di belakang.
Siapa nak jadik Youtuber? - lagi suku dewan angkat tangan, kali ni lelaki majoriti.

Saya terngamam j*p !!

Dengan itu saya menjawab kepada adik adik itu dengan muka penuh garang....

Menjadi Tiktoker bukannya satu pekerjaan !
Yang meniaga di TikTok tu adalah usahawan macam Khairulaming, itu bukan TikTokers namanya,, mereka adalah businessman.
Yang meniaga, boleh gunakan platform seperti TikTok dan juga Facebook untuk menjana sales.
Yang bekerja, boleh gunakan platofrm sebegini untuk side income.

Tapi kalau nak hidup dengan menjadi TikTokers sepenuh masa, hidup anda akan dipenuhi dengan ketidakstabilan.
Sekaj*p income tinggi, sekej*p langsung takde pendapatan berbulan bulan. Tak cukup dengan itu, realiti sebenar kehidupan influencers adalah kehidupan terkapai kapai sebab banyak pihak akan mintak review free, pergi fashion show for free, jadik model free, buat content free dan macam macam lagi.
Nampak macam dia orang hidup mewah dan gembira, tapi hakikatnya mereka sendiri penat sebab asyik duk bagi free review, yang berbayar tak datang jua. Dia macam tunggu bulan jatuh ke riba jugak lah...

Jadik menjadi TikTokers ni bukan satu pekerjaan.
Ataupun dengan kata lain, bukan pekerjaan stabil, bukan satu profession yang boleh memberi kestabilan berpanjangan.

Cari lah ILMU
Cari lah pekerjaan yang boleh memberi PENDAPATAN stabil.
Nak berniaga boleh... tapi Maths kena power. Marketing kena power. Communications skills kena power.
Dan yang paling penting untuk BERNIAGA, mesti bersedia berdepan dengan KERUGIAN.
Kalau tak berani tanggung rugi, kalau tak mampu berdepan dengan rugi, JANGAN BERNIAGA, baik kerja makan gaji sahaja.

Jadi, kepada adik adik di bangku sekolah...
Fahami betul betul apa yang Kak Malar nak cakap ni...

Kejar dan timba ilmu sebanyak mungkin.
Dapatkan pekerjaan yang memberi pendapatan stabil.
Kumpul duit banyak banyak.
Lepas tu nak meniaga, berniagalah dengan bermaruah.
Jangan tergedik gedik jadik TikTokers atau content creator, lepas tu menyesal tak sudah sebab pendapatan tak stabil.

Semoga anak anak muda di Malaysia menjadi generasi bijak, berilmu dan berdaya saing !

Sekian, coretan
yang juga ada akaun TikTok tapi saya bukan TikTokers, saya seorang doktor perubatan.

Nota kaki : Terima kasih Columbia Asia Hospital - Setapak untuk program hari ini.

12/09/2024

call if u need...

Bertemu dgn mama2 hebat dlm Agro Expo 2024. Kagum dgn semangat keusahawanan mereka membina usahawan komuniti. Terus MRTv...
27/07/2024

Bertemu dgn mama2 hebat dlm Agro Expo 2024. Kagum dgn semangat keusahawanan mereka membina usahawan komuniti. Terus MRTv dpt tawaran bt dokumentari usaha mereka...

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Xc Yanni, Jen Sabinus
24/07/2024

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Xc Yanni, Jen Sabinus

Big shout out to my newest top fans! 💎 Wenny Tr
17/07/2024

Big shout out to my newest top fans! 💎 Wenny Tr

Tahukah anda pada tahun 80an, terdapat perkhidmatan feri di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali ...
12/07/2024

Tahukah anda pada tahun 80an, terdapat perkhidmatan feri di antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Feri Malaysia.

Perjalanan feri ini bermula di pelabuhan Kuantan, Pahang dan akan ke Kuching, Sarawak dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Tempoh perjalanan dari Kuantan ke KK mengambil masa 2 hari.

Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai 7 lantai deck. Ianya boleh memuatkan 600 hingga 650 orang. Ia juga boleh membawa 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang).

Feri Malaysia mempunyai kemudahan seperi restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin (tempat tidur, maksimum 4 orang dalam seunit), surau dan lain-lain.

Kredit: datoensem.

Gambar sekitar Kaamatan Kiapad, Inanam 2024
01/07/2024

Gambar sekitar Kaamatan Kiapad, Inanam 2024

UN Dazanak...Kaamatan Kiapad
01/07/2024

UN Dazanak...
Kaamatan Kiapad

Siou..br admin free.Bina badan kanak2 Kaamatan Kiapad 2024
01/07/2024

Siou..br admin free.
Bina badan kanak2 Kaamatan Kiapad 2024

UNSUNG HEROPENAMPANG - Mangsa, Monica Ting Siew Kwong, 37, ditemui di celah pokok berhampiran rumah penduduk pada kira-k...
01/07/2024

UNSUNG HERO

PENAMPANG - Mangsa, Monica Ting Siew Kwong, 37, ditemui di celah pokok berhampiran rumah penduduk pada kira-kira jam 8 pagi tadi di Kampung Hungab, di sini, kira-kira 500 meter dari lokasi dia dihanyutkan arus deras.

Terdahulu, seorang wanita dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras ketika mengharungi banjir selepas menghantar makanan kepada mangsa terperangkap dalam banjir, dekat pekan Donggongon, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.40 pagi itu, mangsa bersama suaminya dikatakan menghantar makanan kepada mangsa lain yang terperangkap akibat banjir, sebelum pulang.

Bagaimanapun, difahamkan, ketika cuba melalui kawasan banjir berhampiran Bulatan Sigah, Jalan Penampang Bypass, di sini, mangsa dikatakan dihanyutkan arus deras.

Suaminya cuba membantu dengan menarik tangan mangsa, namun arus banjir yang sangat kuat menyebabkan mangsa hanyut.

Sumber: Info X

Sebelum vs Hari Ini 📸 Gambar pertama menunjukkan tanah lama & bangunan ukur di Kota Kinabalu. Gambar yang diambil oleh T...
24/06/2024

Sebelum vs Hari Ini 📸

Gambar pertama menunjukkan tanah lama & bangunan ukur di Kota Kinabalu. Gambar yang diambil oleh Tsurumi Yoshiyuki, 1992.

Gambar kedua diambil hari ini oleh Daily Express.

Tapak ini mempunyai kepentingan sejarah kerana ia berfungsi sebagai ibu pejabat Syarikat Berpiagam Borneo Utara British apabila ia dibina sekitar tahun 1910. Bangunan ini telah diduduki oleh tentera Jepun semasa perang dan juga merupakan tempat penyimpanan senjata Jepun apabila mereka menyerah diri.

Sebelum perang ia berfungsi sebagai pejabat Tanah dan Ukur George Woolley, yang terkenal kerana merakam adat orang asli semasa dia merentasi negeri untuk meninjau tanah Hakmilik Orang Asli, selain gallery gambar, Ia berfungsi sebagai pejabat Jabatan Kebajikan semasa pentadbiran PBS, sehingga ia ditutup sebagai tidak selamat dari segi struktur dan kemudiannya musnah dalam kebakaran misteri.

*sumber dari Daily Express

22/06/2024

Live streaming of Wilis Vincent

Address

Jalan Tuaran
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Momogun RTv posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Momogun RTv:

Videos

Share


Other Kota Kinabalu event planning services

Show All