25/01/2024
Saya ada beberapa keratan berakar sejenis herba sayuran, namanya Baru Cina.
Copy paste dari wikipedia.
"Baru cina (Jawi: بارو چينا), daun manis, daun sundamala, daun hian atau hia (Artemisia vulgaris)[2][3] ialah sejenis tumbuhan herba yang dimakan sebagai ulam. Ia banyak tumbuh di kawasan yang bertanah lembab, kaya dengan humus dan bahan organik sama ada menjadi tanaman atau tumbuh liar di kampung-kampung. Cara makannya ialah dengan mengambil pucuk muda dan dicelur untuk dibuat makan bersama dengan pencecah seperti budu, cencaluk, sambal belacan dan lain-lain. Rasanya lemak-lemak pahit dan pedas."
...
Saya nak let go pokok nie sebab keratan sudah berakar dan saya tak cukup tempat nak tanam.
Sayur nie saya buat tumis darat atau saya masak campur dalam telur dadar. Saya cuma tanam dalam pasu. Seminggu - dua minggu sekali saya trim, dan buat masak. Lepas trim letak baja murah murah, siram sekali sehari atau bagi tanam lembab. Mudah ditanam.
Rasanya shedap ya amat.
Boleh pick up di jalan Ipoh/ MRT Sentul Barat, sehingga hujung minggu nie.
Terima kasih. Kalau s**a posting saya ini sila like dan share bagi tahu pada masyarakat.